Thursday, December 24, 2015

Ulangkaji Topik: Warga Tua

Menurut World Health Organization (WHO), warga tua adalah individu yang berusia 60 tahun ke atas. Walau bagaimana pun, Malaysia meletakkan individu berumur 65 tahun ke atas dalam lingkungan warga tua.  Sebenarnya, definisi warga tua di setiap negara kadang2 berbeza mengikut cara hidup tempat masing2.

Hal ini, kerana di jepun warga tuanya mampu hidup sehingga 86 tahun. Malaysia sendiri dalam lingkungan 72 hingga 74 tahun dan negara2 bergolak atau mundur warga tua lazimnya hidup bawah 50 tahun. Meskipun begitu, di setiap negara perempuan dipercayai hidup lebih lama berbanding lelaki. 

"Women rules!!"
#eh

Dalam subjek ini, pensyarah selalu merujuk negara jepun dan singapura. Mungkin sebab 2 negara dalam lingkungan Asia dan lebih dekat dengan Malaysia. Oh ya! Jepun dan Singapura adalah negara yang ramai warga tuanya. Sebenarnya ada banyak lagi negara warga tua tinggi lain seperti Finland, Sweden, dll.

Negara berpopulasi tua tinggi. Dilorek dengan merah


Peta dunia


Definisi "aging/ageing" penuaan menurut WHO.

A biological reality which has its own dynamic, largely beyond human control. 
The loss of roles accompanying physical decline which is significant in defining old age.
Active contribution is no longer possible.

Kejadian biologikal yang berlaku secara dinamik, disebabkan peredaran waktu dan tidak dapat dihentikan oleh manusia.

Individu yang kehilangan peranan dalam masyarakat diikuti dengan kemerosotan kebolehan fizikal.

Akhirnya, sumbangan kepada maysarakat semakin berkurang dan tidak boleh aktif seperti sebelumnya.

Cuba check diri sendiri kot2 ade sifat2 ini. hehehe
'Tengah berfikir nak tulis pasal teori penuaan secara mudah'

Faktor yang menyumbang kepada survival warga tua di negara adalah:
1. Kadar kematian berkurangan
2. Kadar kelahiran berkkurangan
3. Migrasi penduduk
!Fakta menarik.
Kedatangan imigrant yang selalunya berusia 15-40 tahun mampu menyeimbangkan demogrfi mengikut usia populasi.

Mengapa pentingnya mengawal peratusan populasi warga tua? Berikut adalah kesan-kesan peningkatan warga tua di sesebuah negara.
1. Perkhidmatan perubatan akan lebih banyak mengendalikan kes penyakit kronik berbanding penyakit 'acute'.
2. Penurunan populasi 'working-age' dalam negara berikutan peningkatan populasi pesara.
3. Peningkatan keperluan klinik daerah di luar bamdar.
4. Peningkatan rumah orang tua serta penghuninya.
5. Warga tua tersisih dari arus pemodenan.
6. Penigkatan tahap kebergantungan warga tua  kepada masyarakat.
Akan disambung....

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

About Me

always annoy the others. i'm enjoy doing various things but obsess only to one kind of things. hold tight my Principe.