Saturday, December 31, 2011

Last Entri 2011

HOPE IS NOWHERE

HOPE IS NOW HERE

Spacing dari huruf ke huruf tetap memberi impak kepada makna sesebuah ayat. Sebab tu kena belajar grammar betul2. hehe..

Begitu juga hidup. Ape tindakan kita setiap saat akan memberi impak kepada kita untuk masa hadapan.

Enough said, HAPPY NEW YEAR.

Wednesday, December 14, 2011

Ini yang saya tahu

Definisi Melayu
Belum pernah check dalam kamus..
Tapi mengikut perlembagaan Malaysia
Melayu adalah

  • orang yang beragama Islam
  • Bertutur dalam bahasa Melayu
  • Mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu
  • Tinggal di Malaysia

Monday, November 14, 2011

To One

It's a fate
So, why questioned?
It's called fate because it has happened long ago
So, why questioned?
Unless it is going to happen
It's called choice
Do you help?
No effort
One face it alone
Only one knew how it feels until today
So, who are you to judge?
So, who are you to critics?
One knows what best for her.
She had endured so much all this while
So, why should you make her feel more sad?
Don't you have sympathy?
Are you satisfied by making one cry/difficult/helpless?
Why are you keep remind her of the memories she strive to forget?
Are you envy?
You don't want to see others happy?
You are SICK!
In your BRAIN and HEART
I suggest you go for a check up before it get worse
I'm afraid you'll lose your mind seeing the one you don't want to see her happy with her life
lives in a blissful life with her family.
Even the family is not perfect
Because they lost someone
They still have God by their side
To protect them from your evil mind
My tears that day showing my respect
If I could
I would like to scream "That's why you feel something missing in your life, though your asset is Everest much."

Guys,
Don't look down on others
Because it doesn't make you on top.

Friday, November 4, 2011

Si Dia Yang....

Mule2 start projek rsae nak bakar laptop
Dek sebabkan stress
Pengalaman pertama lead a project
Ia nya memang indah pada akhirnya.

Menaip coding lagi lambat dari siput
Out put tak mandang
Rase nak bakar laptop juge
Akhirnya berhasil juge presentation itu.

Experiment result x ikot skema teori
Abis report aku belasah goreng
Tulisan tangan buruk lg dari cakar ayam
Naseb baik ade laptop nak hantar report

Buku setebal alam tak cukup nak terangkn ilmu Allah
Tak habis bace
Selambe masuk dewan exam
Balik, laptop yang dituju.

Konklusi nya sediploma aku
Laptop aku dah gune kalah perdana menteri

Thank You Laptop
 For all your hard work for last sem
My result is credit to you
I love YOU


Let's work hard for another 1 sem
perhaps you could continue working hard for the rest of my life

Tuesday, November 1, 2011

Tetamu

Bismillah..
Semoga Engkau beri peluang kepada ibubapaku utk menjadi tetamu di tanah SuciMu..
Doaku pabila melihat aunt and uncle ku dapat menunaikn Haji ke Baitullah.

Disebabkn ibuku merupakn 'single parent' abangku sajelah tanya kat ibuku, "nanti kalo ibu ade rezeki siapa nak teman ibu ke sane (Mekah)?"
Time tu semua orang diam. Aku plak angkatlah tangan and cakap, "ceq nak pi.."
Abangku kelihatan tekezut!
Dia pun cakap,"Kau kalau dah pergi Haji balik perangai mcm setan gak camne?"
~???!!!!~
Abang aku sambung ckp lagi yang die sendiri belum bersedia nak pergi Haji tu. So, die mmg tak dapat nak teman mak 'as if'' ibu aku dapat gi haji dalam duratian 10 tahun dr sekarang. Lepas 10thn takot mak aku pun dah tak larat.

Aku berasa responsible untuk menemani ibu aku ke SANE..
Ironiknya, ke pasar malas plak aku nak teman..
Sebab, ibu aku tu usia die almost 60. Balik kerja ofis pun gaye nye mcm lepas membajak kt sawah.
Kt Mekah kan cuaca tak menentu, orang ramai dan kasar2+tolak2
Ibu aku tu tolak ngan jari pun die dah bleh rebah.
Amacam plak nak main tolak menolak ngan org2 arab kt sane?

Sejak hari itu aku berfikir,
jika orang mude pergi Haji, balik lepas tu die mesti tak dapat nak jalani hidup mcm tipikal org mude lain kan?
mampukah aku nak meninggalkan, K-Pop, Blause, Jeans, etc kalo aku diberi rezeki menunaikan haji?
tapi, kalo dah rezeki depan mata utk pergi buat Haji xkan nak tolak plak nnt? Cmne kalo mmg itu je rezeki yg ade lepastu ditakdirkn mati?
kalo nak reduce kan cabaran sebagai jiwa muda selepas balik Haji, haruslah membiasakan amalan2 soleh dari sebelum berangkat ke sane kn?
takkan nak doa, supaya mak lambat2 lah pergi haji?
or biarkan aje die pergi sendiri?
Serius aku rase takut+keliru+risau+etc2...

Start from that, I'm more interested in reading about Mecca, people experiences and mores
Hopefully I'll getting an answer and will be given the way and courage from Allah.

Because, every Muslim must pray to perform Hajj first then, Allah will fulfilled the doa' 

Ameen~

Lautan manusia

Lagi plak aku bace artikel pasal Haji
Orang yang pulang dari Haji dosa2 nya diampukan bak baru dilahirkan semula
(ni tawaran HEBAT!)
Doa dibawah pancur emas kat Kaabah mustajab
(tawaran SPECIAL)
Kucup Hajarul Aswad- Batu dari Syurga
(peluang KEEMASAN)

Tapi sebagai manusia yang masih belum ade rezeki nih kita patut
Doa byk2 utk jemaah semua selamat
Ambil peluang kirim salam kat Rasulullah
Pesan air zam2
Peluk insan2 yang baru pulang dari Mekah sekembalinya mereka dari Mekah


Sekian~

Wednesday, July 13, 2011

Mane nak mule?
Tajuk memang mintak kena banned..

Negaraku seperti biasa akan ade je berita yg menghuru-harakan.
Kalo bukan gadoh dengan Negara jirannya, gadoh dengan rakyat sendiri.
Macam seronok je gadoh tu kan.

Bermula dengan niat.
Niat saya cuma nak menterjemahkn pandangan yg x seberapa.
So, niat mereka yang nak menghuru hara kan tu ape?
Seronok ke tengok negara bergolak?

Sebenarnya semua ni terjadi bukan 100% salah penghuru hara ( tak bermakna penghuru-hara x salah) sebab diaorang protes sebab pimpinan ade buat silap.
Mak aii.. salah skit terus buat demonstrasi!
Mane ade, bende dah lame diungkit, buat bodoh+tak tahu je kan.
Hambik kau.

Ape yang dituntut?
Our reason for gathering is pure and simple – to demand the electoral roll be cleaned, that the postal voting system be reformed, that indelible ink be used, a minimum 21 day campaign period be instated, free and fair access to media for all be provided, public institutions be strengthened, and for corruption as well as dirty politics to be stopped.

  • daftar pemilih yang bersih (meaning xde gne ic org mati, bwk org kws lain, jgn senang2 bg kerakyatan so that, boleh beli und)
  • sistem pengundian pos yang diperbaharui ( undian oleh peg. bersenjata)
  • menggunakan dakwat kekal
  • tempoh kempen pilihan raya paling kurang 21 hari
  • media massa yang bebas tidak memberi liputan berat sebelah
  • institusi awam diperkukuh
  • hentikan rasuah dan politik kotor
So, apekah masalah nye?
Tak boleh ditunaikankah?
Tuntutan ini mengancam negarakah?
Yang benarnya kome ade agenda sendiri kan..

Yang lagi satu pihak lak..
Ape ke bijak beno nak demonstrasi bagai?
Dah xde cara lain?
Pakai surat rasmi ke?(kan ade bdk sekolah bleh buat surat utk PM)
Tulis kat blog (eh, nanti kne dakwa cm petra)
Jumpe YDP Agong ke? (jgn lupe bwk memorandom skali, sume bende nk mintak kne ade hitam putih, ingat mcm nk mintak duit belanja kt bapak hang ke?)
Buat laporan media ke? (ade berani ke stn radio,tv,akhbar nk terbitkn isu ni?)

OOooo... Dah semua bende kat atas tu tak jalan, diaorang pun mintak nak wat DEMONSTRASI SECARA AMAN...( haha..tak diberi permit pula )

Jadilah perhimpunan haram nih..

Wahai manusia yang berhimpun~
Tahukah anda dengan berhimpun sedemikian, negara kita akan menjadi tumpuan negara luar a.k.a Polis Dunia.
Mahukah anda campur tangan kuasa luar masuk ke negara kita?
Tidakkah anda baca akhbar dan belajar sejarah? kesan campur tangan orang luar?
 haiih.. malas nak cerita..

Secara logik kome agak2 la, dah berhimpun ramai2 tu takde ke harta benda awam yang akan musnah? dengan minda kelas 3 rakyat kite yang kalo baran tu habis dipocahkan sume.. 
Haish.. den x cayo..

Sbb tu perkara ni tak dibenarkan. Nanti habis harta awam, rugi negara nak baik pulih sume tu..

Dah tu, korang buat himpunan raksasa ingat pelabur2 luar tak cuak ke? Pelabur cuak oii.. Dia anggap negara kita ni tak aman, bisnes die bleh rosak, dia tarik pelaburan kt negara kita.. 
jgn main2.. Mne negara kita nak dapat income? 
Lumpuh ekonomi nyah....

Ish2...
Sume ni takkan berlaku if pemimpin ambil serius setiap isu yang diPropa kan..
Betulkah ade rasuah? Kalau takde angin, pokok tak bergoyang..
Betulkah pilihanraya kita ni tak telus? Baiklah tak payah buang duit berkempen bagai pastu da confirm2 kau menang.. Bazir duit jek..
Sila buktikan!!!
Kalo bende tu betul berlaku, lebih baik balik ke pangkal jalan..
Tak terlambat lagi..
Nanti dah ade orang tangkap n jatuhkan da tak boleh buat pape..
Kalo betul dah bersalah, mohon maaf, perbetulkan, nk tegakkan benang yg basah wat pe..

Jadi pemimpin ni sepatutnya  anda yang macam hamba melayani kemahuan rakyat yang rasional..
Bukan anda yang mcm Raja just tgk rakyat bertungkus lumus membina hidup..
Jangan buat negara ni macam kau pnye sorang.. Kelak di akhirat kene padahnya..
Org kritik, jgn melenting, ambil dan muhasabah.. Human not perfect..

Sebagai rakyat pula, jangan cepat melenting..
Dengar provokasi ahli KIRI terus nak mengamuk.. kaji dan fikir dulu.. Keputusan yang dibuat ketika marah selalunya membawa padah.. Jangan pula ketua buat salah kau pejam mata makan suap...

Sebagai pembangkang pula, jadilah pengkritik yg membina bukan utk menjatuhkan..
Negara ni same2 kita punya.. Kalo kerajaan gagal, pembangkang tak dikira berjaya pun..
Kalo negara ni musnah pembangkang turut rasa.. tu pun kalo ade kesetiaan dan ketaan kpd Negara..
Kalo korang pun cabut lari, memang korang pengecut..

Apelah gunanya RUKUN NEGARA tu kalo x diamalkan..
Jangan cakap tak serupa bikin..

Tendanglah sial.. Tenanglah Profesional..

Wednesday, June 29, 2011

A Long Journey Before To The Sky High

On 29 June 2011, Wednesday...
Muslims worldwide is reminiscing an event known as Israk and Mikraj.
It was happened on 27 Rejab a year before Hijra (click here to know about Hijra year)
Who's involved in this event?
again (why again? bcoz i used to write about Him long ago)
Muhammad S.A.W The Prophet. 
Let start the story~

Once upon a time, Muhammad S.A.W was came by a man (who was actually Gabriel west-named for Jibril A.S) who wore white robe. Gabriel embraced Muhammad from behind and lied Him off to the ground. Then, Gabriel dissected Muhammad chest and removed a lump of meat that is believe the  liver/heart where all the thought and feel reside. Gabriel then, wash the meat with 'zam-zam' water and put the meat back inside the Muhammad's rib cage. 
Take note that the operation happened during Muhammad childhood.

In the midnight, Muhammad was came again by Gabriel with a 4 limbs creature called Burak. This creature is damn amazing fast! As fast as the light could traveled. The Israk itself means a journey by Muhammad from Al-Haram Mosque to Al-Aqsa Mosque. During Muhammad journey He saw variety of incident about how human have and will behave. In addition,Gabriel also told  Muhammad to pray at 3 places. (sorry i don't know how to translate those places names) 
The next term is Mikraj means the journey of Muhammad from Al-Aqsa mosque to 'Sidratulmuntaha' to meets Allah S.W.T. It is believe that Muhammad traveled to all clouds that exist before seeing Allah. At every cloud, Muhammad met some previous Prophets and saw remarkable thing. At last, Muhammad met The God. Allah ordered Muhammad to tell His people to pray 5 times a day thus, MUSLIM MUST PRAY. Believe it or not, before Allah reduced the amount to 5 times a day, Allah initially ordered Muslim to pray 50 times a day. After being advised by previous Prophets, Muhammad beg for reduction from Allah  and got accepted. 
(take not that this journey happened in just one night)
Unfortunately, there were many Muslims deny the story of Muhammad journey as it was very unbelievable. The story was sound so unreal because:
  • the journey from Al- Haram Mosque to Al- Aqsa Mosque only,  is too far. One night is just not enough for that.
  • people have never seen burak. they don't now how fast was this creature. Plus, on that time camel was the main transportation that people have.
Ustaz aku tanya, korang percaya tak semut boleh bergerak dari bukit jalil ke KLCC tak sampai sehari suntuk? Kalo aku tolong bawak semut dari bukt jalil ke KLCC naik LRT kan cepat sampai... renungkan~

Saturday, June 25, 2011

The Bell Rang~

ding dong bell...
two hearts is unite..
to carry a rightful, dutiful and challenge that last beautiful...
may God bless the relation...
gift all of you cute, brilliant, and responsible new generation...
to conquer the world with happiness and beauty...
thanks for the invitation anyway...

hahah~

who's got married??
they are!


 mdm iwana, my bio lecturer.. pink is really suit you..

thanks invited us... thanks for the door gift... its beautiful..
congrats 'abg Dila'... i forgot his name... both of you look so loving...

congrats 'kakak Dila' also forgot her name... you are a lucky woman...

thanks for the food... we save our money for that day lunch...
 thanks to her that drove me to Dila's house... you learnt to drive auto anyway...
 thanks to her on the left that drove me to mdm iwana house... you are truly the expert among the friends..

still...
i'm hoping to attend my own friends wedding...
excited more to attend rather than me get marry...
hahah~
do invite me k...

barakallah~



ok... i'm not attending theirs...
but, seriously spelled by them...

Thursday, June 16, 2011

BAIK TAK BAIK, TAK BAIK BAIK

DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER.

Betulkah konsep ayat ni? Bersetujukah anda?
Like always, I can never answer on your behalf.
We're not always in the same idea right..

Bertudung tapi hati jahat.
Tak bertudung tapi hati baik.

Selalu sangat dah dengar ayat ni..

Kalo nak tukar sikit pun, pakai kopiah ngan tak pakai kopiah.
Lumrah bile kesalahan wanita memang laju je masyarakat menghukum.

Actually, kedua-duanya perlu lebih membaiki diri.
Dah cantik elok pakai tudung, akhlak kene jage.
Perangai dah baik sopan, aurat tetap kena tutup.
Hukum Allah kite kena guna keseluruhannya.
Mana boleh nak pakai sekerat-sekerat je.
Contoh kalau nak berpoligami bukan main ikut sunnah, tapi cara berbelanja, hubungan bukan mahram tak pula ikut sunnah or hukum Allah.. 

Ehem2..
bukan nak bagi ceramah agama kat sini yea..
diri ini tak layak..

Betulkah biar luar nampak jahat tapi dalam baik?
Aku pun tak tau..

My opinion, apa2 yang luaran kita tonjolkan adalah akhlak kita..
definisi akhlak tu sendiri bermaksud sifat yang tertanam dalam diri yang dapat dikeluarkan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, paksaan dan penetilian.
if die dah memang suke mencarut2, can u expect dalam die ade hati yg baik?
Takkan lah mampu seseorang tu nak berlakon jahat tp hati baik? sbb kedua2 nya berkait.

tapi, yg sebenarnya jahat di dalam, tapi baik diluar camne?

hei, i just realize!
If org tu berlakon baik selama 40 hari kn dah jadi amalan...
lame2 sure die xdpt nak tinggalkn kebaikan yg dilakonkan..
isn't that great?

mungkin yg dalam tu nnt akhirnya akan ikut luar yg berlakon baik..

siapalah kita org luar yg nak mengata ttg org..
pengetahuan kita terbatas..
tapi jgn jadi nila setitik yg nerosakkan susu sebelanga..
dah bertutup aurat elok, tibe2 buat keji..
nnt org akan letak persepsi yg bertutup aurat bukannya betul2 baik..

we choose..



Sunday, May 22, 2011

BAIK

Jadi baik..
Apakah definisi anda sebagai baik? 
Pakai tudung? Jalan tunduk? Duduk kat masjid or surau? Tolong mak basuh pinggan? tolong ayah cuci kereta? Atau tolong bersihkan kandang lembu atok? hehe
Baik adalah bermoral.
Mencarut itu bermoral kah? Membuang masa itu bermoral kah? Membazir itu bermoral kah?
Fikir2 kan sendiri ya..

Menjadi baik adalah perkara yang sukar.
Kalau senang sure dah ramai jadi baik.

Oleh itu, berubah jadi baik perlu ade steps = berperingkat2.
Tetibe dari pakai jeans koyak lutut terus tukar pakai serban ngan jubah, takut2 orang ingat kita buang tebiat. Lebih menakutkan jika perubahan itu tak berkekalan membuatkan kita kembali ke jeans koyak lutut.
Tapi, jika perubahan drastik itu dapat dikekalkan itu lagi bagus sebab, kematian akan tiba bila2 mase je. Sempat berubah. Syukur..

Ok. Nak kata, aku baik? Dah tentu tak.
Tapi, aku ade lah rase nak jadi baik.
Niat pun dah dapat pahala.

Selepas niat? Apakah step seterusnya?
Allah tak akan ubah nasib kita jika kita sendiri tak berusaha.
Jadi, langkah pertama perlu diambil dengan ambil amalan baik yang ringan2 dulu.
Contoh, pakai jeans yang dah berjahit lutut.

Dia tanya : Eh, salah ke pakai jeans koyak lutut?
Aku jwb : Salah kott.. Aurat..
Dia kata : Ooo..

P/s : lain aku nak tulis, lain yang jadi.. Next time aku try betul2 nak tulis ape yang aku nak tulis sebennarnya..
Chow..

Thursday, May 12, 2011

The List

Salam Sejahtera..
One must not repeat her mistakes twice...
The first and second mistakes are the learning process but, the third is our choices that takes brain to decide..
Semakin di penghujung pengajian di universiti aku percaya ramai yang dah kene tendang duduk kat luar..
heheh..
Lumrah dunia, habis madu sepah dibuang..

So, sudah tentunya anda kene cari rumah sewa.
Dan anda kene duduk bersama-sama manusia lain.
Memang la kat hostel pun duduk bersama-sama manusia lain tapi, its totally different when it comes you share the kitchen, food, and bills together.
Duduk hostel korang tak share semua ni kan...
Hal ko, ko settle, mind your own bussiness..
That principle can't be applied here. 

So, i have a list of don't and do to make your live didn't mess up out there.
Because all these mistakes i had done and i'm not planning to repeat because i feel freaking bad when other person done it to me.
I REPEAT MISTAKES THAT I HAD DONE.
So, i believe others also annoyed with me when i commit this mistakes..

1. Kawal emosi
Rakan rumah anda bukan tempat untuk anda melepaskan stress sama ada kerana anda putus cinta or study. Mereka tak bersalah, kerana emosi anda yang terganggu, jadi jangan kacau emosi orang lain supaya terganggu. Habis dahsyat pun korang diam je la. Protes plak, jangan main hempas2 barang sebab itu bukan harta kau seorang tapi AHMAD ALBAB YANG PUNYA.. haha

2. Treat others like what you want they treat you like.
Habis orang je nak jage hati aku mane boleh kan. Aku pun kena jage hati orang. Jangan berkira kalau buat kerja sebab nanti kalo yang lain dah berkira, mati aku. Buatnya, dorang tak nak share barang dapur ngan aku aku plak kene beli sendiri, kalo ade transport takpe la kan. Or hujan  turun tapi, aku selamatkan baju aku sorang je, nasib aku nanti, oarang biar je lenjun time aku x sedar. parah tu.

3. Ingat yang kita hidup bersama, kongsi bersama, saling bertimbang rasa.
Jangan la gne ayat P.RAMLEE 'sewa rumah ni aku bayar', jadi ikut suke hati aku nak buat ape.. Bil air tetap share same2 kan.. Takde lak alat nak sukat, bape banyak aku gune pastu bayar ikut kadar kegunaan. So, bende tu kite share. Kene macam aku rumah yang takde tangki, pastu kene tadah air, kalo aku conquer sume air orang lain kene tadah lain plak, tak ke itu pembaziran waktu. Aku tengok orang lain gune skit je pe hal aku nak gune banyak2 kn.. Istilah mandi puas2 tu simpan mandi kat rumah parents je la yea..

4. Kalau tak ikhlas nak buat jangan buat.
Kalau buat juga result in during kerja tu duk hempas sane sini, duk membebel, and hasilnye kerja tak kemas, siap separuh jalan and orang pun tak lalu nak tengok. Rase tak nak, tinggalkan. Berlambak lagi orang boleh buat. Plus, kalo dah terdesak ade la orang volunteer. Name pn sukarela so, xde la protes berlaku.
5. Sila2 lah volunteer dengan ikhlasnya.
Asyik orang je yang buat, orang pun reti penat. So, aku pun kene la volunteer skit2. Even aku tak reti sangat pun. Or takut bende tu jahanam, mintak orang ajar, aku buat. Next time pejam mate pun siap. takde la orang nak perli2 aku tak reti itu ini, bajet die pandai sangatkan.. Especially bab kemas, kunci rumah mlm2 & masak.

6. tegur dengan hikmah.
Aku ni jenis kene perli pun tak terase. Bodoh la kate kan. So, kene tegur betul2 kalo melenting tu tolong lah perkara terakhir sebab takkan first time dah nak kene maki kan.. Cabut lari aku nanti.. Or jadi budaya maki housemate sendiri. buruk benor kalo jiran2 dengor.

7. Ikut kate majoriti.
Kalo nak wat ape2 decision kene diskus dulu baru buat. ni dah decide pastu orang lak nak adapt ngan decision aku ape hal kan. Kut aku sorang je makan ais krim strawberry orang lain nk jagung. ni pn kalo kongsi. kalo duit bapa ku ikut ske hati aku la takkan orang nak kongkong hidup aku. Kalo orang taknak share, better ko beli gne duit ko, gune sorang2 sbb tak sume kaya nak membayor je koje nye. 

8. Jangan fikir ape yang orang buat kat kite tapi fikir ape yang aku da buat kat orang.
baru la ikhlas name nye. Hanya Allah yang dapat menilai. Kot orang tu buat baik sebab nak jadi adik ipar ke.. hehe..

9.Banyak kan berbincang.
Masalah takkan selesai kalo gaduh, yang sorang main masam muke, yang sorang duk memekak, yang sorang duk larikan diri, yang sorang buat berkecuali.. Nanti rumah terbakor selamatkan diri sendiri je. Aku akan cube yang ni. Hanya orang berhati kuat je bleh buat ni. Last nnt aku yang kene sound balik nai ya.. tapi nnt bende jadi berpanjangan, aku pun tak larat.

10. hargai.
Saling menghargai, duit orang, harta orang, hati orang, budi orang etc. Dengan ni, xde la jadi bukan aku pnye peduli ape..

11. Orang tanya jawab.
Ape2 je la, ikut suke la... diam pastu tibe2 nak ckp memang makan penampar la aku. Jangan wat camtu lagi ok. Orang marah nnt. Sape nak makan nasi? jwb nak, kalo xnak pn jwb. senang koje orang tu. karang die decide masak utk diri sendiri pastu tetibe aku nak mmg beras tu kene campak dlm hidung.

12. Tidur jangan conquer sorang2..
Lasak2 kang ade yang terbunuh sbb member tak puas hati die hentak korang nye tengkorak.
13. Tolong berjimat.
jgn pasang brg elektrik kalo x gune. Jangan gune air lebih2. jgn gune brg dapur byk2 pastu x habis buang.

14. jaga kebersihan. 
reti2 la basuh brg yg da gne. bersemut bende tu. Takde istilah maid kat sini.\

15. action speak louder than word.
Jgn ckp nak buat tapi tak buat. jangan ckp segan, tapi buat x malu je..

Pendek kate tlg respect each other. Manja2 ni da xdapat dah.. Rase mcm x selese, sbb dah biase duk banglo kot angkat kaki. Cuak la aku nak trus kan hidup sebagai penyewa ni. Banyak cabaran. Bismillah.. Ya Allah berilah kami kekuatan dan kerjasama. Kurnia kan kami hati yang belas kasihan terhadap orang lain.

Wednesday, May 4, 2011

A.P.R.I.L

oohaiyo.....!!!!
Sape main April Fool memang nak kene bakor ngan aku...
huh...
Sejarahnye pasti anda semua tahu, tak kire mane2 versi asasnya tetap menghina..

FULL STOP

Dalam bulan April I noticed many things happened throughout the month..
Minggu Setiausaha??
Heh.. pun yea.. Tapi aku takde kene mengena or kaitan..

Prince William & Kate Meddilton wedding, lagi takde kaitan ngan aku..
Any way semoga perkahwinan mereka kekal.. Dah tak larat nak dengar orang bercerai-berai..

Shoot..
April adalah bulan kelahiran AKU, Fadhil Razi, Aleen, Amira, Didi, Yugi dan My big Bro Apit...
Chukkaeo...
For me, birthday is not only getting present and cakes..
(even itu yg aku tunggu2 hehe..)

For me, its about how many people remember me..
I don't mind if they have to set reminder of my birthday on their phone..
Or reminded by the FB.
Cuz, i'm doing the same..

Getting wishes and prayer from others make me 'terharu'
Besides, this is the time for me to say hey, to 'long no see friends'
nak masej hari2 mayb dorg pn busy + credit  abis + xde topik pn nk sembang..
At least once a year kite bertegur juga..
tolonglah di masa hadapan takkan terjadi aku je yang tau bday aku bile..
sedih amat..

Lagu birthday.. please nyanyi..

Party??
never going to happen even in the future..
LOL

just nak Birthday mcm apit..
ade 1 tahun tu, mak wat pulut kuning and ustaz yang ajar kiteorang ngaji bace doa 
(doa ape aku tak tau) hehe..

Pejam celik umur dah meningkat..
Ape perubahan yang aku nak buat pun aku tak tau
Mungkin sebab banyak azam yang dah tergendala + lingkup
adoii..

HAPPY BIRTHDAY TO ALL PEOPLE WHO WERE BORN IN APRIL~
gambar hiasan semata-mata

Saturday, March 5, 2011

hukum tetap hukum

reading this post is at your own risk..

pada suatu kempen pilihan raya tidak lama dulu (sbb da tau da spe menang),
masuk n/paper perihal 1 calon wanita yang enggan bersalaman dgn lelaki yang bukan muhrim..
kerana apa??
budak darjah 1 pun bisa menjawab..
kerana hukum yg ditetapkan oleh Allah bersentuhan kulit (kalo beralas pn patut dielakkan) antara lelaki dan perempuan bukan muhrim itu haram sehingga boleh membatalkn wudhuk kita..

Letih lah bila ade irresponsible person yang cuba menjadikan isu ini hangat..
die kata xsalam tanda sombong, xmesra, letak gap antara rakyat dan pemimpin..
PENIPU..
dengan batasan yang dijaga akan membuatkan kita lebih dihormati
unless, dharurat..
ok dharurat itu adalah perkara yang berkaitan antara hidup dan mati..
stakat nk beramah mesra n bertanya khabar xmati la weyh x salam..

Lebih parah lg yg bukan ahli turut masuk campur..
xhormat agama orang dah namanya ni...
sebagaimana kami hormat yang  antara kita tidak boleh memakan daging lembu atau budaya membazir membakar duit untuk insan yg telah mati...
silalah juga hormat akan cara hidup kami..

adakah dgn kami tidak mahu bersalam dengan anda boleh memudaratkan diri anda??
tanpa salam tgn anda bakal kena strok kah???

ikut logik kuman lg mudah tersebar dgn sentuhan...
dah jd salah satu langkah pencegahan..

plus, tlg jgn berlagak pandai jika ilmu agama di dada xsampai pn suku..
takut2 sesat..
confirm aku x pangkah kalo gini penipuannya..

silap haribulan post ni kene gam..
wassalam~

Blog Archive

About Me

always annoy the others. i'm enjoy doing various things but obsess only to one kind of things. hold tight my Principe.