Friday, April 13, 2012

Baik Baik

Greetings to ALL...!
[SALAM]

Entri ini cadangnye nak sambung entri BAIK yang dah ade sejak blog aku zaman tok kaduk dulu.. hehe

Ditakdirkan individu yg dahulunya suke memakai  jeans koyak lutut telah menukar fashion. Die dah jahit semua jeans die yg koyak tu.. (cume analogi).

Namun, penghijarahan ke arah yg lebih baik ini bukan sikit onak dan durinya
Jika mudah, takkan ada yg tewas separuh jalan, jika mudah tak banyak masalah akhlak zaman kini.

Bukan bermaksud hendak menakutkan yg merancang utk berubah apatah lg menghalang.
Saya sokong 100% yg ingin berubah.
Cuma mahu sesiapa yg nak berubah tu mantapkan minda, hati nurani, rohani dab jasmani.
Sebab, kawan saya dan saya juga sedang cuba berubah.
Kami rasa susah dan payah itu.

Perlu diingatkan, usaha perlu berterusan kerana hasilnya bukan dapat dilihat 1 atau 2 hari..
Mungkin lepas kita mati dan diadili kelak baru kita dapat melihat hasilnya.

Antara pengalaman org yg amik step nak berubah dikatakan
Kawan-kawan lama menjarakkan diri,
Orang mengata,
Datangnya segala perkara haram yg diinginkan ketika jahil dulu dengan mudah,
Terliur mengikut budaya, trend dan ajakan member,
Minat utk berubah terhenti tiba-tiba,
macam-macam lagi.

Bersedia? Harus bersedia!

Tapi byk tau perkara positif yg turut hadir dalam diri mereka yg take step to change ni
Rasa tenang,
Rasa ade tempat bergantung yg kukuh yakni Allah,
Mendapat sokongan sahabat baru,
Mendapat restu ibu bapa,
Peroleh rezeki halal yang melimpah ruah
macam-macam lagi.

Biar apa pun yg datang, semua itu adalah ujian.
Perkara baik yg datang itu pun sebenarnya sebuah bentuk ujian.
Allah nak tgk lupa diri tak kita dengan kesenangan diberi.

So, next step after dah jahit seluar jeans koyak lutut adalah
Berniat setiap hari utk menjadi lebih baik
Mendirikan rukun Islam dan Iman
Mencari rakan-rakan yang soleh dan solehah.

Mengapa?
Niat itu utk motivasi diri. Setiap manusia perlukan motivasi to boost up.

rukun Islam.
Supaya kita jadi Islam sebenar bukan atas I/c je. Mcm mana nk jd baik kalo suruhan Allah utk solat dan puasa kita tak buat. Ingat, solat menjauhkan kita drpd kemungkaran, Puasa pula suatu ujian. kita perlu sentiasa diuji agar tak mudah alpa. Tunaikan zakat utk bersihkan hasil titik peluh kita. Tak pun utk berkongsi dgn yg tak berkemampuan. Pergi haji, 1 pengalaman berharga yg mampu mengikat hati utk terus kekal di landasan Islam.

Rukun iman.
Percaya Allah dalam setiap sesuatu, if kawan2 mengata kita masih boleh mengadu padanya.
Percaya malaikat, malaikat paling dekat dgn kita Raqib dan A'tid. Jd nak buat salah ingat ada yg mencatat, rasa tak selamat yakin ada malaikat disisi.
Percaya kepada Rasul, pengalaman hidup mereka jauh lg payah dari ujian utk perubahan kita. Jadi, byk kan baca kisah-kisah mereka supaya tak cepat putus asa.
Percaya kpd Al-Quran fahami isinya byk ayat2 nya yg boleh memotivasi dan menjadi pedoman.
Percaya kpd hari Kiamat, supaya ada rasa takut dlm diri kita ni. Ingatkan kita apa yg ada kat dunia ni tak kekal. Jd tak payah mengejar dunia sgt.
percaya kpd qda' dan qadar supaya segala yg berlaku kita tak cepat melatah.

Rakan yg soleh dan solehah utk terus menyokong kita, menegur kesalahan dan memberi tunjuk ajar. Mereka ni adalah org yg dipanggil true friend. Takkan lari jika kita dalam kesusahan. Kita takkan rasa berseorangan melalui dugaan.

So, let try harder! Gambate Kudasaik!

Hlovate pun sependapat dengan aku eh bukan, aku yang sependapat dengan hlovate



Monday, April 9, 2012

Me Wajar Kan Diri

7 April 2012
Akan terpahat dalam ingatan
Banyak pengalaman baru yang dipelajari
Banyak mengenali karenah manusiawi
Banyak belajar erti pengorbanan
Banyak mengajar untuk cuba memahami
Banyak belajar untuk menyelesaikan masalah
Banyak melatih diri untuk bersabar
Banyak perasaan yang bercampur baur
Banyak saya menyalahkan dan saya membuat salah
Banyak makan (ha.ha.ha)
Banyak keringat yang tercurah
Banyak duit terbelanja
Banyak sahabat yang tak mahu saya tinggalkn
Banyak sahabat baru yang ingin saya kekalkan ukhwahnya
Banyak benda dalam banyak benda
terima kasih semua
5days of non-theory learning~ 

Blog Archive

About Me

always annoy the others. i'm enjoy doing various things but obsess only to one kind of things. hold tight my Principe.