Sunday, May 22, 2011

BAIK

Jadi baik..
Apakah definisi anda sebagai baik? 
Pakai tudung? Jalan tunduk? Duduk kat masjid or surau? Tolong mak basuh pinggan? tolong ayah cuci kereta? Atau tolong bersihkan kandang lembu atok? hehe
Baik adalah bermoral.
Mencarut itu bermoral kah? Membuang masa itu bermoral kah? Membazir itu bermoral kah?
Fikir2 kan sendiri ya..

Menjadi baik adalah perkara yang sukar.
Kalau senang sure dah ramai jadi baik.

Oleh itu, berubah jadi baik perlu ade steps = berperingkat2.
Tetibe dari pakai jeans koyak lutut terus tukar pakai serban ngan jubah, takut2 orang ingat kita buang tebiat. Lebih menakutkan jika perubahan itu tak berkekalan membuatkan kita kembali ke jeans koyak lutut.
Tapi, jika perubahan drastik itu dapat dikekalkan itu lagi bagus sebab, kematian akan tiba bila2 mase je. Sempat berubah. Syukur..

Ok. Nak kata, aku baik? Dah tentu tak.
Tapi, aku ade lah rase nak jadi baik.
Niat pun dah dapat pahala.

Selepas niat? Apakah step seterusnya?
Allah tak akan ubah nasib kita jika kita sendiri tak berusaha.
Jadi, langkah pertama perlu diambil dengan ambil amalan baik yang ringan2 dulu.
Contoh, pakai jeans yang dah berjahit lutut.

Dia tanya : Eh, salah ke pakai jeans koyak lutut?
Aku jwb : Salah kott.. Aurat..
Dia kata : Ooo..

P/s : lain aku nak tulis, lain yang jadi.. Next time aku try betul2 nak tulis ape yang aku nak tulis sebennarnya..
Chow..

About Me

always annoy the others. i'm enjoy doing various things but obsess only to one kind of things. hold tight my Principe.