Thursday, December 2, 2010

klcc alone

pernah ke?
klcc tu sunyi dgn manusia?
mestilah tak..
tp, aku keseeorangan tanpa sesiapa yg dikenali
menonton movie yg org lain xminat
not big deal
minat satu bende yg org lain xminat bkn kesalahn
that make people different from each other
manusia mmg berbeza
kalo sume org sme
dull lah dunia ni..
congratz
tepuk bahu sendiri~

Monday, November 29, 2010

Marathon wo0~ wo0~

Harry potter & Philosopher Stone ( batu hikmat)
Philosopher : could make people live for ever (oxford)

Permulaan cerita ini adalah mengenai Harry yang tinggal bersama makciknya (kakak kpd ibu Harry) dan suaminya selepas kematian kedua-dua ibu bapa Harry (Lily & James). Kematian mereka adalah kerana dibunuh oleh Voldemort (ahli sihir jahat yg plg dgeruni) atau lebih dikenali sbg 'you know who'(nk sebut nme pn org takut)
Voldemort

Harry yang sering dibuli oleh sepupunya Dudley menyambut kelahirannya yang ke 11. Untuk itu, Hagrid datang sendiri ke rumah Private Drive milik pakcik Harry untuk menghantar surat tawaran ke Hogwart School dan senarai barang keperluan. Hagrid adalah separa gergasi. Bayangkan apabila dia datang ke rumah Muggle (org yg bkn ahli sihir) yang tidak percaya akan kewujudan ahli sihir/gergasi. Harry terkejut mrngetahui berita siapa dirinya yang sebenar dan tidak sabar2 neninggalkan Private Drive yang diibaratkan macam neraka.

Untuk ke Hogwart pelajar haruslah manaiki kereta api di Station King Cross platform 9 3/4 yang perlu menembusi dinding. Dalam gerabak Harry bertemu dengan Ron, Hermoinie, dan Neville Longbottom. Mereka menjadi sahabat baik. Harry tidak menduga bahawa dia sangat dikagumi di dunia ahli sihir tambahan pula dengan kesan parut di dahinya yang ditinggalkan oleh Voldemort dalam usahanya nak bunuh Harry tetapi gagal. Walau bagaimanapun, Harry dibenci oleh seorang pelajar bernama Draco dan konconya Crabbe & Goyle.

 Draco, Crabbe, Goyle

Sesampai di Hogwart mereka ditempatkan di rumah masing2 mengikut keparibadian diri.
(berikut adalah carta yang saya curi)


The Houses of Hogwarts
Shield House Founded By House Ghost Notable Students
Gryffindor is well known for bravery, daring, nerve, and chivalry. The house colours are scarlet and gold, and the house is symbolized by a lion. The entrance to the common room is on the seventh floor hidden behind a portrait of the Fat Lady. In order to get in to the common room Gryffindor students must say the right password. Godric Gryffindor Sir Nicholas de Mimsy-Porpington, also known as Nearly Headless Nick Harry Potter, Ron Weasley, Hermione Granger, Albus Dumbledore, Minerva McGonagall, Rubeus Hagrid, James and Lily Potter, Sirius Black, Remus Lupin, Peter Pettigrew, Ginny Weasley, Lavender Brown, Parvati Patil, Neville Longbottom, Cormac McLaggen, Seamus Finnigan, Dean Thomas, Lee Jordan, and the rest of the Weasley family.
Hufflepuff is well known for loyalty, fair play, honesty, and tolerance. The house is symbolized by a badger, and the house colours are yellow and black. Its common room is near the kitchens. Helga Hufflepuff Fat Friar Nymphadora Tonks, Pomona Sprout, Cedric Diggory, Justin Finch-Fletchley, Zacharias Smith, Hannah Abbott and Ernie Macmillan.
Ravenclaw values wit, creativity, and wisdom. The house is symbolized by an eagle and the house colours are blue and bronze. However the house colours are portrayed as blue and silver in the movies with a raven symbolizing the house, and the interior of the house room is decorated with blue and gold. The Ravenclaw common room is located on a high tower. To enter, rather than give a password, one must answer a riddle from an eagle door knocker, such as "Where do vanished objects go?" or "Which came first, the Phoenix or the flame?" Rowena Ravenclaw Helena Ravenclaw, also known as the Grey Lady Luna Lovegood, Moaning Myrtle, Cho Chang, Roger Davies, Michael Corner, Padma Patil, Terry Boot and Filius Flitwick.
Slytherin values ambition, cleverness, cunning, resourcefulness, and pure blood heritage. The house is symbolized by a serpent, and the house colours are green and silver. Its common room is in the dungeons through three stones. The password for the 1992–1993 school year was "Pureblood". Many people believe students sorted into this house often get involved in the Dark Arts. Salazar Slytherin The Bloody Baron Tom Riddle, Draco Malfoy, Lucius Malfoy, Bellatrix Lestrange, Vincent Crabbe, Gregory Goyle, Theodore Nott, Narcissa Malfoy, Andromeda Tonks, Regulus Black, Horace Slughorn, Severus Snape, most of the Black family.

Ahli sihir dalam cerita ini bermain sukan Quiditch yang menggunakan penyapu terbang. Harry adalah seeker terbaik. Tugas seeker adalah menangkap bola snitch yang kecil,bewarna emas dan bersayap. Bola snitch pertama yang Harry dapat tangkap termasuk dalam mulutnya.

Banyak subjek yang dipelajari di Hogwart. Guru2 nya dipanggil Profasor. Ramai sangat. So, jika nak tahu klik link ini http://harrypotterwiki.ew.com/page/Hogwarts+Professors

Hubungan Prof Snape & Harry amat dingin..


Klimaksnya adalah apabila Harry telah terlibat menghalang Voldemort daripada mencuri batu hikmat tersebut. Voldemort tumpang badan salah satu guru Hogwart untuk tujuan itu. Harry dapat menjumpai batu itu dengan pertolongan sebuah cermin besar punya.

Tujuan Voldemort nak batu tu adalah kerana fungsinya yang boleh membuatkan pemiliknya hidup selama-lamanya.



Next,
Harry Potter & Chamber of Secret. ( bilik rahsia)
 Ginny Weasley
 Tom Riddle

Dalam cerita ini watak Ginny adik Ron (kwn Harry) muncul. Ginny secara tidak sengaja telah memilki sebuah diari milik Tom Riddle (Voldemort mse skolah). Diari itu semacam mempunyai roh dan telah menguasai Ginny. Hal ini, membawa kepada pembukaan bilik rahsia yang terletak di sebuah tandas pelajar perempuan. Bahkan untuk membuka bilik ini haruslah menggunakan mantera dalam bahasa ular (Parseltongue).

Dalam cerita ini juga Harry mengetahui kebolehan Parseltongue nya. Perkara ini menjadi tanda tanya semua pihak kerana hanya orang yang terlibat dengan ilmu hitam sahaja yang bakal mewarisi sifat itu. Terutamanya golongan Slytherin. Seperti yang kita tahu Harry adalah golongan Gryffindoor.
Bilik rahsia itu menjadi begitu berbahaya kerana di dalamnya tinggal seekor raksasa (basilisk) yang boleh mengakibatkan kematian jika terpandang matanya secara terus. Hemoinie dan beberapa pelajar lain telah mengeras kaku akibat terpandang mata raksasa ini secara tidak langsung melalui pantulan cermin (sbb tu xmati). Mujurlah, Hermoinie terlebih dahulu dapat mencari maklumat tentang bilik rahsia dan Basilisk. Dengan bantuan nota Hermoinie, Ron dan Harry bergegas mendapatkan Prof Lockhart (guru pertahanan ilmu hitam) untuk membantu mereka mencari Ginny yang berada di dalam bilik rahsia. Malangnya guru itu langsung tidak membantu kerana beliau penakut orangnya.

Menggunakan kebolehan Parseltongue, Harry berjaya membuka bilik rahsia. Selepas beberapa halangan, Harry berjaya menemukan Ginny yang sudah nyawa-nyawa ikan. Turut ditemui adalah Tom Riddle yang masih hidup? Kemudian pertarungan Harry dan basilisk berlaku. 

Burung Fawkes memberi bantuan dengan membawa topi ramal (sorting hat) yang digunakan untuk membahagi rumah pelajar. Di dalam topi itu terdapat pedang Gordic Griffindoor. Harry menggunakan pedang itu untuk membunuh basilisk. Malah, diari Tom Riddle juga berjaya dihapuskan apabila harry menikam diari itu menggunakan taring basilisk.

Dumbledore menjelaskan kepada Harry bahawa hanya ahli Griffindoor yang tulen sahaja mampu menggunakan pedang itu dan mengenai Parseltongue itu disebabkan Voldemort telah menyerahkan sedikit kuasanya kepada Harry dalam cubaan membunuh Harry yang gagal itu. 

P/S kisah diari ini akan muncul dalam buku akhir.


Next,
Harry Potter & Prisoner of Azkaban (Banduan Azkaban)
Azkaban merupakan penjara/tempat tahanan penjenayah sihir. Makhluk yang menjaga tahanan ini (demetor) sangat menggerunkan. (mungkin selepas Voldemort) Hal ini, kerana, dementor akan menyedut semua memori yang membawa kegembiraan dan membawa kepada mangsa menjadi gila atau mati. 
 dementor

Salah seorang tahanan Azkaban adalah Sirius black yang juga merupakan bapa angkat Harry. Semua orang berpendapat Sirius adalah pengkhianat kerana mendedahkan tempat persembunyian James & Lily (IbuBapa Harry) kepada Voldemort yang akhirnya membawa kepada kematian mereka.
 Sirius Black

Harry pernah diserang oleh Dementor beberapa kali. Oleh itu, Harry mempelajari sihir Patronus  (utk mengalahkn dementor) daripada Prof Pertahanan Ilmu Hitam yang baru Prof Lupin. Prof Lupin sebenarnya adalah seekor serigala jadian.(terbongkar krn sering tdk hadir kelas pd bln mengambang). Untuk bertukar menjadi serigala, Lupin akan ke lubuk menjerit (Shrieking Shack). Terdahulu, semasa persekolahannya, Lupin akan ditemani rakan2 nya yang merupakan animagus (manusia bertukar haiwan) tidak berdaftar antaranya adalah sirius (anjing) dan Pettigrew (tikus milik Ron-Scabbers). 
 Prof Remus Lupin
 Peter Pettigrew

Sirius dipercayai hidup dalam pelarian sebagai anjing hitam (grim) apabila berjaya melepaskan diri daripada azkaban. Sirius dipercayai menyelinap masuk ke Hogwart melalui jalan rahsia yang mula daripada perkampungan Hogsmeade ke dalam Hogwart. Laluan rahsia ini hanya diketahui kini oleh Fred & George (abg kembar Ron) yang telah menghadiahkan peta laluan rahsia ini kepada Harry. Dengan itu Harry berjaya ke perkampungan Hogsmeade dengan bantuan jubah halimunan (invisible cloak) melalui jalan rahsia itu.

Pada suatu petang, Harry, Ron dan Hermoinie telah mengunjungi rumah Hagrid kerana berita haiwan peliharaanya (Buckbeak) akan dipancung oleh orang kementerian akibat kononnya menyebabkan bahaya yang menimpa Draco (die yg cari psl ok). Sejurus keluar daripada rumah Hagrid, Scabbers (tikus Ron) terlepas daripada tangan dan menghilangkan diri. Dalam cubaan mengejar tikus itu, mereka bertembung dengan anjing hitam (Sirius) yang kemudian mengigit kaki Ron dan mengheretnya ke dalam Shrieking Shack. 

Ketika di dalam, Sirius cuba menerangkan kebenaran bahawa bukan dia yang membocorkan rahsia tempat persembunyian Lily & James tetapi Pettigrew. Harry dan Hermoinie tidak mempercayainya hinggalah ketibaan Prof Snape dan Prof Lupin (bkn serentak) tetapi kemudian dikakukan. Sirius dimasukkan ke azkaban kerana dipercayai telah membunuh 12 ahli sihir termasuk Pettigrew. Rupanya, Pettigrew tidak mati (patutlah Harry nampak tapak kaki Pettgrew dalam peta rahsia) tetapi berjaya melarikan diri dengan bertukar menjadi tikus. Sebelum melarikan diri, dialah orang yang membunuh 12 ahli sihir itu dan bertindak memotong jarinya sebagai helah kononnya pembunuhan itu angkara Sirius. Sirius bertindak melarikan diri dari Azkaban untuk mencari Pettigrew (Scabbers) yang menghuni menara Griffindoor (Ron kan tuan die) bukan berniat membahayakan sesiapa. kemudian Lupin dan Sirius memaksa Scabber untuk bertukar menjadi Pettigrew sebagai bukti. Berjaya.

Sesudah keluar dari Shrieking Shack Lupin terpandang bulan mengambang dan bertukar menjadi serigala lalu berlari ke hutan larangan. Begitu juga Siruis jadi anjing, Harry, dan Hermoinie mengejar Lupin. Manakala, Pettigrew meloloskan diri jadi tikus. tiba2 berpuluh2 dementor tiba menyedut kegembiraan mereka. Mujur ada seseorang di seberang tasik telah menghasilkan Petronus untuk menghalau demetor dan mereka terselamat. Kesemua mereka (Lupin, Hernoinie, Ron, Harry) dibawa ke hospital oleh Prof Snape. Sirius ditangkap.

Di hospital, Dumbledore datang melawat. Harry dan Hermoinie cuba menerangkan segala yang terjadi dan mempertahankan Sirius. Tiada peluang lagi untuk menyelamatkan Sirius kerana dakwaan terhadapnya terlalu berat (tambhn, spe yg nk dgr ckp bdk2 skolah). Dumbledore memberi 'clue' kepada Hermoinie untuk menggunakan jamnya (time-tuner) untuk kembali ke beberapa jam sebelum kejadian berlaku. Dengan kepandaian Hermoinie, mereka sekaligus berjaya menyelamatkan kedua2 Buckbeak dan Sirius. Bahkan Harry jua lah yang menghasilkan Petronus di seberang tasik itu.


Next,
Harry Potter & Goblet Fire. (piala berapi)

Permulaan cerita mengisahkan Harry pergi menonton Quiditch piala dunia bersama-sama keluarga Weasley dan Hermoinie. Tamat perlawanan, kawasan perkemahan yang menempatkan semua peminat Quiditch telah diserang oleh konco2 Voldemort (Death Eater).

Sekembali ke Hogwart, para pelajar dikejutkan dengan berita Hogwart akan menjadi tuan rumah Perlawanan Perang Tanding (Triwizard Tournament) yang melibatkan hanya 3 orang peserta. Setiap seorang daripada 3 buah sekolah iaitu Hogwart, Durmstrang (skolah leki shj), dan Beauxbatons (skolah girl only). Had umur dikenakan bagi melayakan seseorang itu memasukkan nama mereka sebagai calon yang ingin bertanding.

Perjalanan pelajaran berjalan seperti biasa dan Hogwart sekali lagi mendapat guru pertahanan ilmu hitam yang baru disandang oleh  Prof Moody. Dalam kelas, beliau telah memperkenalkan 3 sumpahan yang tidak terampun (unforgivable curses)  yang mana boleh didakwa dan dihantar ke Azkabn. Sumpahan itu adalah Imperius Curse yang menyebabkan mangsa akan menurut segala perintah tanpa disedari. Cruciatus Curse yang akan menyebabkan mangsa di'tortures' kemudian mengerang kesakitan. Avada Kedavra adalah sumpahan membunuh yang menyebabkan mangsa mati. Prof Moody juga menekankan tiada siapa yang terselamat daripada sumpahan membunuh kecuali si Harry potter.

 Prof Alastor Mad-Eye Moody

Tibalah waktu yang dinantikan pengumuman bagi individu yang berjaya mewakili sekolah masing2 dalam Triwizard Tournament. Hogwart diwakili Cedric Diggory, Durmstrang oleh Viktor Krum dan Beauxbatons oleh Fleur Delacour. Walau bagaimanapun, tiba-tiba nama Harry Potter turut sama tersenarai sebagai peserta pertandingan. Perkara ini membuatkan Ron berasa cemburu dan perang dingin berlaku antara Ron dan Harry. Dumbledore begitu marah sehingga Harry terpaksa bersumpah bahawa dia betul2 tidak memasukkan namanya untuk bertanding tambahan pula garis usia telah ditetapkan dan Harry masih dibawah umur. Kesemua pihak termasuk dari sekolah lain tidak berpuas hati. Namun, Prof Moody berpendapat, piala berapi itu sendiri telah memilih Harry jadi, Harry perlulah turut serta dalam Triwizard Tournament.

 Cedric Diggory

 Viktor Krum

 Fleur Delacour

Cabaran pertama adalah melawan naga. (time ni Ron & Harry dah berbaik smula) Harry berjaya dengan bantuan penyapu terbangnya. Cabaran kedua peserta perlulah menyelamatkan insan yang mereka sayangi yang dikakukan di dalam sebuah tasik. Antara mangsa yang dikakukan adalah Hermoinie (viktor krum selamatkn), Cho Chang (cedric selamtkn-tp harry pn suke kt die), tinggallah Ron dan adik perempuan Fleur yang tidak dapat meneruskan cabaran. Meskipun masa sudah singkat, Harry tetap menyelamatkan adik Fleur dan Ron. Harry tidak dapat menepati masa tetapi masih mendapat markah kerana kemuliaannya menyelamatkan insan lain. Cabaran terakhir adalah memlalui labyrinth untuk menuju ke piala. Cedric dan Harry tiba ditempat itu serentak dan bersetuju untuk menyentuh piala itu bersama2 agar sama2 jadi pemenang.

 Cho Chang (Harry ade hati kt die)
bentuk laluan labyrinth

Malangnya piala itu telah diubah suai menjadi Portkey (kalo sentuh bende tu bleh gi tempat lain) yang membawa Harry dan Cedric ke sebuah kawasan perkuburan. Voldemort dan Pettigrew menanti di situ. Lebih malang lagi Cedric telah dibunuh oleh Voldemort. Tujuan mereka membawa Harry ke situ adalah untuk mengembalikan Voldemort ke tubuh asalnya menggunakan darah musuh utamanya iaitu Harry.Pegelutan berlaku antara Harry dan Voldemort. Pada saat Voldemort mengenakan sumpahan Avada Kedavra kepada Harry membalas dengan Expelliarmus Curse. Disebabkan kayu sakti Harry dan Voldemort punya teras yang sama, tiada sumpahan yang terjadi tetapi berpuluh2 roh mangsa yang mati kerana kayu sakti Voldemort keluar daripada kayu sakti itu. Antara roh yang keluar adalah Cedric, Lily dan James. Roh ini menghasilkan suatu bentuk pertahanan untuk Harry yang memberi peluang untuk Harry lari bersama mayat Cedric menuju ke Portkey dan tiba ke Hogwart semula. Kesemua pihak menjadi cemas dengan berita Harry mengenai kebangkitan semula Voldemort.

Kemudian Harry ditarik oleh Prof Moody menuju ke pejabatnya. Beliau menyuruh Harry menceritakan tentang Voldemort. Rupa2 nya di hadapan Harry itu sekarang bukan Prof Moody yang sebenar tetapi konco Voldemort yang menyamar. Prof Moody palsu ditahan oleh Dumbledore, Snape dan McGonagall. Selama berada di Hogwart Prof Moody sebenar yang merupakan bekas Auror (lwn kpd death eater) telah dikurung dalam sebuah peti besi. Kebenaran bahawa Moody palsulah yang meletakkan nama Harry untuk pertandingan itu dan Piala ditukar sebagai portkey terdedah.


Next,
Harry Potter & The Order of The Phoenix (kumpulan phoenix-yg mnentang voldemort)

Sebelum Harry dilahirkan seorang ahli sihir telah meramalkan kejatuhan kekuasaanVoldemort oleh seorang budak yang bakal lahir. Ramalan ini dirujuk kepada Harry atau Neville Longbottom. Namun, Voldemort memilih untuk memburu Harry bukan Neville. Seperti yang kita tahu cubaan Voldemort itu sering kali gagal.

Pada suatu cuti sekolah Harry dan sepupunya Duddley telah diserang oleh dementor yang memaksa Harry melepaskan Petronus Charmnya. ( tindakn mnunjukkn kuasa sihir dluar skolah bg bdk bwh umur adalah salah) Oleh itu, Harry telah dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan salah guna kuasa sihir di tempat awam bagi budak bawah umur. Harry menghadiri prosiding mahkamah bersama-sama Dumbledore dan akhirnya diberi peluang sekali lagi untuk kembali bersekolah di Hogwart.

Dalam kekecohan kebangkitan Voldemort, Dumbledore berpendapat Hogwart merupakan tempat yang paling selamat bagi Harry. Dalam masa yang sama, Harry seakan-akan boleh membaca fikiran Voldermort yang menyebabkan dia sering termimipi berada dalam kepala Voldemort dan mengakibatkan Harry mengalami kesakitan yang teruk di bahagian parutnya. Oleh itu, Harry disuruh oleh Dumbledore untuk mempelajari cara2 menutup fikirannya (oklumensi) daripada Prof Snape. Supaya Voldemort tidak dapat mempengaruhi Harry menggunakan hubungan minda yang ada antara mereka.

Keadaan di Hogwart lebih kecoh apabila kementerian sihir bertindak meletakkan seorang pegawai kementrian di Hogwart. Dolores Umbridge (wakil kementerian) dilantik sebagai guru pertahanan ilmu hitam.  Sebagai langkah mengawasi Dumbledore agar tidak menghebahkan berita kebangkitan semula Voldemort. Beliau menolak untuk mengajar sebarang bentuk pertahanan secara praktikal. Bahkan, Umbridge mengajar semua pelajar secara teori dan hanya membuat karangan. Sedangkan pepriksaan yang bakal mereka hadapi membabitkan praktikal. Dengan kelebihan yang Harry ada dalam melakukan sumpahan tahap tinggi (die kan juara Triwizard mestilah byk dah belajar), Harry menawarkan diri untuk mengajar kawan2 secara sembunyi. Ahli dalam kelas ini digelar Pasukan Dumbledore. Aktiviti mereka dapat dihidu oleh Umbridge dan hukuman yang berat telah menimpa mereka.

Sekali lagi Harry mendapat mimpi (dibwh pengaruh Voldemort) bahawa Sirius Black (bapa angkat Harry) sedang diseksa oleh Voldermort di Kementerian sihir. Hal ini, membawa kepada tindakan kesemua anggota Phoenix dan kawan2 Harry ( Pasukan Dumbledore) menyerbu bangunan kementerian sihir. Tiada apa2 yang berlaku. Voldemort ternyata menggunakan hubungan mindanya dengan Harry sebagai umpan untuk Harry datang ke kementerian. Pertarungan sengit berlaku antara Voldemort yang dibantu death eater dan Dumbledore yang dibantu oleh ahli Phoenix dan kawan2 Harry. Apa yang menyedih dan memilukan adalah Sirius Black terkorban dalam pertarungan dengan death eater. Kehilangan bapa angkat Harry sangat menyedihkan Harry. Kemudian barulah Menteri Sihir Fudge muncul tetapi Voldemort sempat menghilangkan diri. Akhirnya kementerian percaya akan kemunculan kembali Voldemort dan memulangkan kembali jawatan pengetua Hogwart kepada Dumbledore.

p/s sy da keletihan membuat rumusan, jd utk maklumat lanjut ttg HARRY POTTER & HALF BLOOD PRINCE sila rujuk link ini http://devastator1206.blogspot.com/2009/07/half-blood-prince-you-know-who.html

manakala untuk HARRY POTTER & THE DEATHLY HALLOW sila rujuk link ini http://devastator1206.blogspot.com/2010/11/harry-potter-and-deathly-hallows.html













About Me

always annoy the others. i'm enjoy doing various things but obsess only to one kind of things. hold tight my Principe.