Sunday, December 9, 2012

What I've learned


Last December 6, 2012
My friends and I had officially graduate from diploma (I siku org yg lekeh2 dip).
The ceremony was too long because our faculty have ton of students who managed to graduate.
Alhamdulillah
We proud of ourselves and this convocation is actually a gift to parents from us because this way we can make our parents proud.
Not to mention for student who manage to get award during the ceremony.
Congratulations everyone of you

The point is, over three years of studying like hell, it is a waste if we just forget what we learn because of the vision we hold 'study for exam'.
Perhaps, if the valuable knowledge like physics, chemistry, biology, computer science and entrepreneurship were easily put aside by us, how about the non-theory things that we learn outside the class during all the three years?
Friendship, love, sacrifices, effort, determination, discipline and etc. would also easily forget by us.

So, let's not forget everything we learnt.
I take this opportunity to glue my memories and what I learn from friends over three years of diploma here

Before taking bus to hall: I learn a lot together with them, some of it how to rise after failure, how to work hard to achieves something and how to camhore.. heheh

Behind the stage: I learn silat together with feqa n syida, owh, congrats ika! hehe





Antara yang sempat bergambar.. Diorang brilliant students yg boleh belajar macam2 dgn dorg... So, jgn jauhi ilmuan.. dekati mereka

With her I learn how to organize a small party for beloved friend and how to pump tyre.. haha

I learn love, hardship, sacrifices, cook, dress, speak English and almost everything form her

I learn valuable thing during degree from this diploma friend, "we're not study for excel in exam but to contribute to society". She advised me when I told my test's mark sucks.  So, I don't really mind if I don't scores good grade as long as don't have to repeat.



What I think right now is how to apply what I learn in helping people. To get high mark is just bonus =)

my Cameragirl I hope this fella could succeed in what she plan in life. I didn't inspire her enough though.

This picture was stolen by someone FB, emm.. I learn to 'bonceng' motorcycle and cook with her. Great experience. 

Look, there are so many things that we could learn from different persons. *Note that I learn a lot from others besides people above, it just that I don't have their picture on convocation days

So, make a lot of friends, true friends instead of enemy even we can learn a lot from them but better no need.

Do not study only for exam but study because you wanted to know it (bajet aku buat. hehe)

Learning process not only happen in class but also through friendship, family bond and life. Broad our mind and learn every single thing on earth.

Thank you everybody that teaches me every single thing in my life.

Live life to the fullest

Bye


Saturday, October 6, 2012

Unplanned Post

Urimaniye.. (Its been a while) since my last post..

I had quit from working at the firm.
For good.

Which I decide to further my study.
Now, it is almost one month.
I am still struggle to adjust, adapt and learn.

I found that working is really helping me to understand life and working environment better.
Besides meeting new friends who are majority older than me, I experience great value of being subordinate, clique, or leader from others. 

New learning environment also taught me a lot.
The stress, surprise, discipline, routine is going to kill me. (jokes)
But seriously it put me in pressure situation.

P/s: should this post is to share some of what i had learnt. Somehow, i still dont understand what i learning so.. next time ok...

Sunday, May 13, 2012

Menuju Sesuap Nasi



Dulu pergi sekolah jalan kaki/berlari-lari/sembunyi2~

Mcm pelik je statement nak pergi sekolah dengan cara sembunyi2.

Bukan ape, sekolah dengan katil 30 langkah je..
(Dengan kata lain duduk asrama) har har har har..

Terbangun lambat, assembly sudah start haruslah sembunyi2 masuk kelas terus.
Terkantoi dengan warden kalo lambat, tu yang berlari-lari sama ada dikejar atau didenda lari keliling padang dulu, baru masuk kelas.
Kalau bangun ikut pada waktu pastilah aku berjalan dengan girang menuju ke kelas dengan lenggang kangkung.

Jadinya, haruslah aku tiada pengalaman nak naik public transport bagai, nak ke sekolah atau kolej.

Alkisah dah keroje dapatlah satu lagi pengalaman berharga jutaria.

Tunggu bas tak sampai2
Naik LRT tak duduk2
Hirup asap bas, motor, kereta,lori dan rokok adalah perkara baru.
Almaklum, kawan ni perumah berjaya yang jarang menunggu di tepi jalan.

Kalau hari hujan lagi sedih.
Terpaksalah aku keluar duit naik taxi yang mewah jika dibandingkan dengan bas.
Alih2 hari tu, taxi pun orang beratur macam nak beli tiket wayang da..
Tengok jam dah lambat nak masuk ofis.
(harap maklum ofis saya gune finger print bukan punch card)
Manelah boleh mintak tolong orang main punch card aku.
Takpe pengalaman gak la kan.

If hujan, aku tak kisah la kena naik taxi sbb itu kerja Allah.
Yang aku malas ni kena naik taxi, sbb bas yang sepatutnya rotate kat kawasan bus stop aku yg tak sampai2.
Payoh la gini
Kawe bukan jutawan.
Ish tak baik berkira, duit boleh dicari.

LRT tu laju kan.
Ini statement.
Sebab LRT tak payah berhenti kat trffic light or bersesak-sesak dengan kenderaan lain.
Di samping kos yang murah dan tak perlu tekan2 pedal minyak.
Oleh itu, LRT dah jadi nadi manusia yang menuju tempat kerja.

2 hari selepas perhimpunan BERSIH, setiap tren yang sampai ke stn aku pasti penuh.
Nak masuk sumbat2 pun tak dapat.
Tambahan lagi, bilangan coach yang sampai asyik 2 je tak ade yang 4.
Den lopeh kan 6 TREN, tak naik2 dgn harapan ado la yg belakang nnt kosong.
Haram.
Tgk jam dah kira lambat tahap dewa.
Sampai tren yg ke-7 aku nekad naik.
Phew...
Pengalaman naik bas Pilah-Seremban dan komuter Seremban- KLSentral  mmg berguna.. hihihi
Dah sampai stn, jgn harap la eden nk tunggu bas, keluar duit taxi lerr direct ke ofis.

Aku konklusi kan
Dari dulu mak aku pergi kerja naik public transport.
Dah lame merase.
Jadi ape la sgt dengan pengalaman yg aku dapat ni.

Endure ok.

Besides, barulah aku nak appreciate dapat duduk asrama selama ni.
Pelajaran tak terjejas mana la.
So, prefectss out there, jgn nak sesuka je denda student lambat datang, tanya dulu.

Meskipun dah habis belajar aku harap tragedi PILAH-SEREMBAN tak akan ku alami lagi, Allah tetap bagi.
Mungkin untuk persediaan mental dan fizikal future yg lebih mencabar.

Tak koje, kebulur teman.

Friday, May 4, 2012

Kerani VS Salesperson

Nervous tau nak jejak kaki kat tempat kerja.
But, this is  not my first time working.

Dulu jadi salesperson.
Now jadi receptionist + clerk.

Bukan sebab kena buang kerja hokeyhh..

After National Service dulu cari la kerja sebab nak ade duit poket sendiri.
Tu yang jadi salesperson tak bertauliah tu.

Lepas tu dapat sambung study kat Philadelphia(bkn name sebenar)
Nama tu student kat situ yang bagi name. Nak glamour. Tapi tempat tak la glamour mane. Orang daerah tu je pun yang tahu.

Dah habis study diploma ni, PTPtipu pun dah habis.
Meskipun dapat voucher RM200 tu, (kedai fotostat mane lah nak terima. Ate, PTPtipu tak habis ke buku tapi habis ke kertas+folio+buku plagarism)
mcm2 lagi.
Tu yang pi cari koje tu. (hakikatnye mak aku yg carikn) haha

Alkisah sebelum pergi interview, aku prepare lah semua perkara2 yang dituntut macam mock interview kat sekolah hari tu.
Nak dikatakan rezeki+tuah+LAYAK(hehe) dapat la aku kerja di sebuah ofis.

Kire upgrade skit daripada kerja lama.

1st day
Memang aku hancur punahkan semua perkara yang termaktub dalam portfolioku.
Suruh fotostat 1 page 1 paper, aku terbuat page depan belakang.
(Tu la, lalu sebelah mesin fotostat kat U dulu taknak belajo, kan dah tak tau nk tekan ape-ke-benda-ntah-yang-terjadi)
Tambah2 nak fotostat benda yang beratus2 pages.
Binding slow kalah siput. kertas A3 ke A4 ke aku belasah je.
Kan dah kena start dari mule.

Jawab call lagi serabut, aku dah la baru, orang call tanya itu ini takkan la aku nak jawab sesedap rase je kan.
Kring2. Tak sempat aku nak ckp pape org di corong telefon sane trus," Bila ye next date case ...?"; "Siapa lawyer in charge ...."; "Hei, mane bos awak dah berapa kali saya call die asyik takde je.." dan banyak lagi.
Staff kat situ pun aku tak habis kenal lagi, nak differentiate yang mane lawyer, partners, staff, etc. Memang hebat la kalo aku dapat kenal teruskan.

Staff kat situ trus2 treat aku macam pekerja lama.
Panggil nama aku macam dah lama kenal lepas tu mintak macam2 files..
Haih
Apekah nak bace nombor rujukan panjang bona.
Tapi aku salute dorg sebut nombor files macam name artis kat Malaysia/Korea/Hollywood.
Contoh:"Pecal (bkn nama sebenar) tlg amik kan files L01357 ASD (QWE) (ZX)?"
: "Pecal ade tak jumpe files L1468 POI (LKJ) (MN)?"
: "Pecal, files L1987 QAZ (WSX) (OL) nanti letak situ"
Macam nama files tu name Scha, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al- Yahya yg disebut sekali nafas oleh tok kadi.

Tu tak masuk istilah ofis aku yang ternyata lain daripada 'potassiumchloride-1,2-cyclodiamminehexabromide' yang selalu ku coret kan.
MOB, Penghutang Kehakiman, name2 client, etc adalah Vocabulary baharu bagiku.
Jadi kena lah aku buat homework sebagaimana dulu aku hafal glycolysis, phagocytosis, iris, cornea, etc kan..

Aku konklusikan first week aku bekerja sebagai kerani adalah satu disaster. haha
Lain sikit portfolio daripada jual kasut dulu.
Dulu cari kod kat kotak kasut, sekarang cari kod dekat files.
Mungkin ini adalah langkah awal untuk mengintimkan aku dengan nombor yang sejak azali lagi adalah musuh dalam selimut hidup aku.

The staff is ok.
The bosses is scary
Everything is going to be ok
Don't worry.

Friday, April 13, 2012

Baik Baik

Greetings to ALL...!
[SALAM]

Entri ini cadangnye nak sambung entri BAIK yang dah ade sejak blog aku zaman tok kaduk dulu.. hehe

Ditakdirkan individu yg dahulunya suke memakai  jeans koyak lutut telah menukar fashion. Die dah jahit semua jeans die yg koyak tu.. (cume analogi).

Namun, penghijarahan ke arah yg lebih baik ini bukan sikit onak dan durinya
Jika mudah, takkan ada yg tewas separuh jalan, jika mudah tak banyak masalah akhlak zaman kini.

Bukan bermaksud hendak menakutkan yg merancang utk berubah apatah lg menghalang.
Saya sokong 100% yg ingin berubah.
Cuma mahu sesiapa yg nak berubah tu mantapkan minda, hati nurani, rohani dab jasmani.
Sebab, kawan saya dan saya juga sedang cuba berubah.
Kami rasa susah dan payah itu.

Perlu diingatkan, usaha perlu berterusan kerana hasilnya bukan dapat dilihat 1 atau 2 hari..
Mungkin lepas kita mati dan diadili kelak baru kita dapat melihat hasilnya.

Antara pengalaman org yg amik step nak berubah dikatakan
Kawan-kawan lama menjarakkan diri,
Orang mengata,
Datangnya segala perkara haram yg diinginkan ketika jahil dulu dengan mudah,
Terliur mengikut budaya, trend dan ajakan member,
Minat utk berubah terhenti tiba-tiba,
macam-macam lagi.

Bersedia? Harus bersedia!

Tapi byk tau perkara positif yg turut hadir dalam diri mereka yg take step to change ni
Rasa tenang,
Rasa ade tempat bergantung yg kukuh yakni Allah,
Mendapat sokongan sahabat baru,
Mendapat restu ibu bapa,
Peroleh rezeki halal yang melimpah ruah
macam-macam lagi.

Biar apa pun yg datang, semua itu adalah ujian.
Perkara baik yg datang itu pun sebenarnya sebuah bentuk ujian.
Allah nak tgk lupa diri tak kita dengan kesenangan diberi.

So, next step after dah jahit seluar jeans koyak lutut adalah
Berniat setiap hari utk menjadi lebih baik
Mendirikan rukun Islam dan Iman
Mencari rakan-rakan yang soleh dan solehah.

Mengapa?
Niat itu utk motivasi diri. Setiap manusia perlukan motivasi to boost up.

rukun Islam.
Supaya kita jadi Islam sebenar bukan atas I/c je. Mcm mana nk jd baik kalo suruhan Allah utk solat dan puasa kita tak buat. Ingat, solat menjauhkan kita drpd kemungkaran, Puasa pula suatu ujian. kita perlu sentiasa diuji agar tak mudah alpa. Tunaikan zakat utk bersihkan hasil titik peluh kita. Tak pun utk berkongsi dgn yg tak berkemampuan. Pergi haji, 1 pengalaman berharga yg mampu mengikat hati utk terus kekal di landasan Islam.

Rukun iman.
Percaya Allah dalam setiap sesuatu, if kawan2 mengata kita masih boleh mengadu padanya.
Percaya malaikat, malaikat paling dekat dgn kita Raqib dan A'tid. Jd nak buat salah ingat ada yg mencatat, rasa tak selamat yakin ada malaikat disisi.
Percaya kepada Rasul, pengalaman hidup mereka jauh lg payah dari ujian utk perubahan kita. Jadi, byk kan baca kisah-kisah mereka supaya tak cepat putus asa.
Percaya kpd Al-Quran fahami isinya byk ayat2 nya yg boleh memotivasi dan menjadi pedoman.
Percaya kpd hari Kiamat, supaya ada rasa takut dlm diri kita ni. Ingatkan kita apa yg ada kat dunia ni tak kekal. Jd tak payah mengejar dunia sgt.
percaya kpd qda' dan qadar supaya segala yg berlaku kita tak cepat melatah.

Rakan yg soleh dan solehah utk terus menyokong kita, menegur kesalahan dan memberi tunjuk ajar. Mereka ni adalah org yg dipanggil true friend. Takkan lari jika kita dalam kesusahan. Kita takkan rasa berseorangan melalui dugaan.

So, let try harder! Gambate Kudasaik!

Hlovate pun sependapat dengan aku eh bukan, aku yang sependapat dengan hlovate



Monday, April 9, 2012

Me Wajar Kan Diri

7 April 2012
Akan terpahat dalam ingatan
Banyak pengalaman baru yang dipelajari
Banyak mengenali karenah manusiawi
Banyak belajar erti pengorbanan
Banyak mengajar untuk cuba memahami
Banyak belajar untuk menyelesaikan masalah
Banyak melatih diri untuk bersabar
Banyak perasaan yang bercampur baur
Banyak saya menyalahkan dan saya membuat salah
Banyak makan (ha.ha.ha)
Banyak keringat yang tercurah
Banyak duit terbelanja
Banyak sahabat yang tak mahu saya tinggalkn
Banyak sahabat baru yang ingin saya kekalkan ukhwahnya
Banyak benda dalam banyak benda
terima kasih semua
5days of non-theory learning~ 

Thursday, January 12, 2012

Waktu Demi Waktu

Senario
Seorang budak perempuan mempunyai seorng lelaki sebagai buah hati
dan budak permpuan ini juga mempunyai seorang kawan baik yang juga merupakan seorang lelaki.
Suatu hari buah hati die berasa sangat cemburu dengan hubungan rapat budak perempuan itu dengan kawan karibnya yang lelaki itu.
Lalu, buah hati itu meminta budak perempuan itu membuat kata putus pilih "aku atau die?"
Kemudian budak perempuan itu meminta pandangan sahabat lain yang boleh membantu.

...

If soalan ini ditanya kepada aku oleh budak perempuan itu ketika aku berumur bawah 12 tahun (time masih solo) hehe

Pasti aku cakap, pilih la kawan karibmu kerana belum masanya kamu bercinta
Or pilih la kawan karib mu kerana pakwe boleh cari lain.

If soalan ini ditanya kepada aku oleh budak perempuan itu ketika aku berumur bawah 18 tahun (time sudah ade pengalaman bercinta) huhu..


Pasti aku akan cakap pilih la buah hatimu kerana dia yang kamu cintai dan kamu adalah yg dia cintai (mestila aku x nak org yg aku cintai buang aku dari hidup die kn kn kn)
or Pilihlah buah hatimu kerana aku percaya kawan baik mu mengerti... Namapun kawan baik

If soalan ini ditanya kepada aku oleh budak perempuan itu ketika aku berumur bawah 25tahun (time sudah mahu berkahwin)


Pasti aku tanya dia balik sebelum aku bagi jawapan...
Diakah buah hati itu yg rasanya jodohmu yg kamu mahu?
Keluargamu tahu akan hubungan mu? (maksudnya dah merisik,bertunang etc)

Jika jawapan ya,
pilihlah buah hati mu

Jika jawapannya tidak,
pilihla kawan baikmu...

Sesungguhnya buah hati yg baik tidak akan memberikan kata dua kpd kita. Tambah2 berkenaan perkara yang paling penting dalam hidup

If soalan ini ditanya kepada aku oleh budak perempuan itu ketika aku berumur atas 30 tahun (sudah berkahwin) wahhh..


Pasti aku tiada jawapan malah meminta budak perempuan itu untuk beristikharah, berunding, temukan kedua-dua insan atau paling kejam aku suruh je die tinggalkn kedua-duanya..

lagi pelik jawapan akan keluar kalo ditanya time aku masih budak kecik ke dah jadi opah ke moyang ke..

Jadi,
bentuk jawapan, keputusan dan tindakan kita berbeza-beza mengikut taraf kematangan, pengalaman dan naluri.

Jadi,
Berfikirlah sebelum bertindak
Rujuk kepada yang pakar..
sekian




Blog Archive

About Me

always annoy the others. i'm enjoy doing various things but obsess only to one kind of things. hold tight my Principe.