Wednesday, July 13, 2011

Mane nak mule?
Tajuk memang mintak kena banned..

Negaraku seperti biasa akan ade je berita yg menghuru-harakan.
Kalo bukan gadoh dengan Negara jirannya, gadoh dengan rakyat sendiri.
Macam seronok je gadoh tu kan.

Bermula dengan niat.
Niat saya cuma nak menterjemahkn pandangan yg x seberapa.
So, niat mereka yang nak menghuru hara kan tu ape?
Seronok ke tengok negara bergolak?

Sebenarnya semua ni terjadi bukan 100% salah penghuru hara ( tak bermakna penghuru-hara x salah) sebab diaorang protes sebab pimpinan ade buat silap.
Mak aii.. salah skit terus buat demonstrasi!
Mane ade, bende dah lame diungkit, buat bodoh+tak tahu je kan.
Hambik kau.

Ape yang dituntut?
Our reason for gathering is pure and simple – to demand the electoral roll be cleaned, that the postal voting system be reformed, that indelible ink be used, a minimum 21 day campaign period be instated, free and fair access to media for all be provided, public institutions be strengthened, and for corruption as well as dirty politics to be stopped.

  • daftar pemilih yang bersih (meaning xde gne ic org mati, bwk org kws lain, jgn senang2 bg kerakyatan so that, boleh beli und)
  • sistem pengundian pos yang diperbaharui ( undian oleh peg. bersenjata)
  • menggunakan dakwat kekal
  • tempoh kempen pilihan raya paling kurang 21 hari
  • media massa yang bebas tidak memberi liputan berat sebelah
  • institusi awam diperkukuh
  • hentikan rasuah dan politik kotor
So, apekah masalah nye?
Tak boleh ditunaikankah?
Tuntutan ini mengancam negarakah?
Yang benarnya kome ade agenda sendiri kan..

Yang lagi satu pihak lak..
Ape ke bijak beno nak demonstrasi bagai?
Dah xde cara lain?
Pakai surat rasmi ke?(kan ade bdk sekolah bleh buat surat utk PM)
Tulis kat blog (eh, nanti kne dakwa cm petra)
Jumpe YDP Agong ke? (jgn lupe bwk memorandom skali, sume bende nk mintak kne ade hitam putih, ingat mcm nk mintak duit belanja kt bapak hang ke?)
Buat laporan media ke? (ade berani ke stn radio,tv,akhbar nk terbitkn isu ni?)

OOooo... Dah semua bende kat atas tu tak jalan, diaorang pun mintak nak wat DEMONSTRASI SECARA AMAN...( haha..tak diberi permit pula )

Jadilah perhimpunan haram nih..

Wahai manusia yang berhimpun~
Tahukah anda dengan berhimpun sedemikian, negara kita akan menjadi tumpuan negara luar a.k.a Polis Dunia.
Mahukah anda campur tangan kuasa luar masuk ke negara kita?
Tidakkah anda baca akhbar dan belajar sejarah? kesan campur tangan orang luar?
 haiih.. malas nak cerita..

Secara logik kome agak2 la, dah berhimpun ramai2 tu takde ke harta benda awam yang akan musnah? dengan minda kelas 3 rakyat kite yang kalo baran tu habis dipocahkan sume.. 
Haish.. den x cayo..

Sbb tu perkara ni tak dibenarkan. Nanti habis harta awam, rugi negara nak baik pulih sume tu..

Dah tu, korang buat himpunan raksasa ingat pelabur2 luar tak cuak ke? Pelabur cuak oii.. Dia anggap negara kita ni tak aman, bisnes die bleh rosak, dia tarik pelaburan kt negara kita.. 
jgn main2.. Mne negara kita nak dapat income? 
Lumpuh ekonomi nyah....

Ish2...
Sume ni takkan berlaku if pemimpin ambil serius setiap isu yang diPropa kan..
Betulkah ade rasuah? Kalau takde angin, pokok tak bergoyang..
Betulkah pilihanraya kita ni tak telus? Baiklah tak payah buang duit berkempen bagai pastu da confirm2 kau menang.. Bazir duit jek..
Sila buktikan!!!
Kalo bende tu betul berlaku, lebih baik balik ke pangkal jalan..
Tak terlambat lagi..
Nanti dah ade orang tangkap n jatuhkan da tak boleh buat pape..
Kalo betul dah bersalah, mohon maaf, perbetulkan, nk tegakkan benang yg basah wat pe..

Jadi pemimpin ni sepatutnya  anda yang macam hamba melayani kemahuan rakyat yang rasional..
Bukan anda yang mcm Raja just tgk rakyat bertungkus lumus membina hidup..
Jangan buat negara ni macam kau pnye sorang.. Kelak di akhirat kene padahnya..
Org kritik, jgn melenting, ambil dan muhasabah.. Human not perfect..

Sebagai rakyat pula, jangan cepat melenting..
Dengar provokasi ahli KIRI terus nak mengamuk.. kaji dan fikir dulu.. Keputusan yang dibuat ketika marah selalunya membawa padah.. Jangan pula ketua buat salah kau pejam mata makan suap...

Sebagai pembangkang pula, jadilah pengkritik yg membina bukan utk menjatuhkan..
Negara ni same2 kita punya.. Kalo kerajaan gagal, pembangkang tak dikira berjaya pun..
Kalo negara ni musnah pembangkang turut rasa.. tu pun kalo ade kesetiaan dan ketaan kpd Negara..
Kalo korang pun cabut lari, memang korang pengecut..

Apelah gunanya RUKUN NEGARA tu kalo x diamalkan..
Jangan cakap tak serupa bikin..

Tendanglah sial.. Tenanglah Profesional..

Blog Archive

About Me

always annoy the others. i'm enjoy doing various things but obsess only to one kind of things. hold tight my Principe.