Thursday, January 12, 2012

Waktu Demi Waktu

Senario
Seorang budak perempuan mempunyai seorng lelaki sebagai buah hati
dan budak permpuan ini juga mempunyai seorang kawan baik yang juga merupakan seorang lelaki.
Suatu hari buah hati die berasa sangat cemburu dengan hubungan rapat budak perempuan itu dengan kawan karibnya yang lelaki itu.
Lalu, buah hati itu meminta budak perempuan itu membuat kata putus pilih "aku atau die?"
Kemudian budak perempuan itu meminta pandangan sahabat lain yang boleh membantu.

...

If soalan ini ditanya kepada aku oleh budak perempuan itu ketika aku berumur bawah 12 tahun (time masih solo) hehe

Pasti aku cakap, pilih la kawan karibmu kerana belum masanya kamu bercinta
Or pilih la kawan karib mu kerana pakwe boleh cari lain.

If soalan ini ditanya kepada aku oleh budak perempuan itu ketika aku berumur bawah 18 tahun (time sudah ade pengalaman bercinta) huhu..


Pasti aku akan cakap pilih la buah hatimu kerana dia yang kamu cintai dan kamu adalah yg dia cintai (mestila aku x nak org yg aku cintai buang aku dari hidup die kn kn kn)
or Pilihlah buah hatimu kerana aku percaya kawan baik mu mengerti... Namapun kawan baik

If soalan ini ditanya kepada aku oleh budak perempuan itu ketika aku berumur bawah 25tahun (time sudah mahu berkahwin)


Pasti aku tanya dia balik sebelum aku bagi jawapan...
Diakah buah hati itu yg rasanya jodohmu yg kamu mahu?
Keluargamu tahu akan hubungan mu? (maksudnya dah merisik,bertunang etc)

Jika jawapan ya,
pilihlah buah hati mu

Jika jawapannya tidak,
pilihla kawan baikmu...

Sesungguhnya buah hati yg baik tidak akan memberikan kata dua kpd kita. Tambah2 berkenaan perkara yang paling penting dalam hidup

If soalan ini ditanya kepada aku oleh budak perempuan itu ketika aku berumur atas 30 tahun (sudah berkahwin) wahhh..


Pasti aku tiada jawapan malah meminta budak perempuan itu untuk beristikharah, berunding, temukan kedua-dua insan atau paling kejam aku suruh je die tinggalkn kedua-duanya..

lagi pelik jawapan akan keluar kalo ditanya time aku masih budak kecik ke dah jadi opah ke moyang ke..

Jadi,
bentuk jawapan, keputusan dan tindakan kita berbeza-beza mengikut taraf kematangan, pengalaman dan naluri.

Jadi,
Berfikirlah sebelum bertindak
Rujuk kepada yang pakar..
sekian




Saturday, December 31, 2011

Last Entri 2011

HOPE IS NOWHERE

HOPE IS NOW HERE

Spacing dari huruf ke huruf tetap memberi impak kepada makna sesebuah ayat. Sebab tu kena belajar grammar betul2. hehe..

Begitu juga hidup. Ape tindakan kita setiap saat akan memberi impak kepada kita untuk masa hadapan.

Enough said, HAPPY NEW YEAR.

Wednesday, December 14, 2011

Ini yang saya tahu

Definisi Melayu
Belum pernah check dalam kamus..
Tapi mengikut perlembagaan Malaysia
Melayu adalah

  • orang yang beragama Islam
  • Bertutur dalam bahasa Melayu
  • Mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu
  • Tinggal di Malaysia

Monday, November 14, 2011

To One

It's a fate
So, why questioned?
It's called fate because it has happened long ago
So, why questioned?
Unless it is going to happen
It's called choice
Do you help?
No effort
One face it alone
Only one knew how it feels until today
So, who are you to judge?
So, who are you to critics?
One knows what best for her.
She had endured so much all this while
So, why should you make her feel more sad?
Don't you have sympathy?
Are you satisfied by making one cry/difficult/helpless?
Why are you keep remind her of the memories she strive to forget?
Are you envy?
You don't want to see others happy?
You are SICK!
In your BRAIN and HEART
I suggest you go for a check up before it get worse
I'm afraid you'll lose your mind seeing the one you don't want to see her happy with her life
lives in a blissful life with her family.
Even the family is not perfect
Because they lost someone
They still have God by their side
To protect them from your evil mind
My tears that day showing my respect
If I could
I would like to scream "That's why you feel something missing in your life, though your asset is Everest much."

Guys,
Don't look down on others
Because it doesn't make you on top.

Friday, November 4, 2011

Si Dia Yang....

Mule2 start projek rsae nak bakar laptop
Dek sebabkan stress
Pengalaman pertama lead a project
Ia nya memang indah pada akhirnya.

Menaip coding lagi lambat dari siput
Out put tak mandang
Rase nak bakar laptop juge
Akhirnya berhasil juge presentation itu.

Experiment result x ikot skema teori
Abis report aku belasah goreng
Tulisan tangan buruk lg dari cakar ayam
Naseb baik ade laptop nak hantar report

Buku setebal alam tak cukup nak terangkn ilmu Allah
Tak habis bace
Selambe masuk dewan exam
Balik, laptop yang dituju.

Konklusi nya sediploma aku
Laptop aku dah gune kalah perdana menteri

Thank You Laptop
 For all your hard work for last sem
My result is credit to you
I love YOU


Let's work hard for another 1 sem
perhaps you could continue working hard for the rest of my life

Tuesday, November 1, 2011

Tetamu

Bismillah..
Semoga Engkau beri peluang kepada ibubapaku utk menjadi tetamu di tanah SuciMu..
Doaku pabila melihat aunt and uncle ku dapat menunaikn Haji ke Baitullah.

Disebabkn ibuku merupakn 'single parent' abangku sajelah tanya kat ibuku, "nanti kalo ibu ade rezeki siapa nak teman ibu ke sane (Mekah)?"
Time tu semua orang diam. Aku plak angkatlah tangan and cakap, "ceq nak pi.."
Abangku kelihatan tekezut!
Dia pun cakap,"Kau kalau dah pergi Haji balik perangai mcm setan gak camne?"
~???!!!!~
Abang aku sambung ckp lagi yang die sendiri belum bersedia nak pergi Haji tu. So, die mmg tak dapat nak teman mak 'as if'' ibu aku dapat gi haji dalam duratian 10 tahun dr sekarang. Lepas 10thn takot mak aku pun dah tak larat.

Aku berasa responsible untuk menemani ibu aku ke SANE..
Ironiknya, ke pasar malas plak aku nak teman..
Sebab, ibu aku tu usia die almost 60. Balik kerja ofis pun gaye nye mcm lepas membajak kt sawah.
Kt Mekah kan cuaca tak menentu, orang ramai dan kasar2+tolak2
Ibu aku tu tolak ngan jari pun die dah bleh rebah.
Amacam plak nak main tolak menolak ngan org2 arab kt sane?

Sejak hari itu aku berfikir,
jika orang mude pergi Haji, balik lepas tu die mesti tak dapat nak jalani hidup mcm tipikal org mude lain kan?
mampukah aku nak meninggalkan, K-Pop, Blause, Jeans, etc kalo aku diberi rezeki menunaikan haji?
tapi, kalo dah rezeki depan mata utk pergi buat Haji xkan nak tolak plak nnt? Cmne kalo mmg itu je rezeki yg ade lepastu ditakdirkn mati?
kalo nak reduce kan cabaran sebagai jiwa muda selepas balik Haji, haruslah membiasakan amalan2 soleh dari sebelum berangkat ke sane kn?
takkan nak doa, supaya mak lambat2 lah pergi haji?
or biarkan aje die pergi sendiri?
Serius aku rase takut+keliru+risau+etc2...

Start from that, I'm more interested in reading about Mecca, people experiences and mores
Hopefully I'll getting an answer and will be given the way and courage from Allah.

Because, every Muslim must pray to perform Hajj first then, Allah will fulfilled the doa' 

Ameen~

Lautan manusia

Lagi plak aku bace artikel pasal Haji
Orang yang pulang dari Haji dosa2 nya diampukan bak baru dilahirkan semula
(ni tawaran HEBAT!)
Doa dibawah pancur emas kat Kaabah mustajab
(tawaran SPECIAL)
Kucup Hajarul Aswad- Batu dari Syurga
(peluang KEEMASAN)

Tapi sebagai manusia yang masih belum ade rezeki nih kita patut
Doa byk2 utk jemaah semua selamat
Ambil peluang kirim salam kat Rasulullah
Pesan air zam2
Peluk insan2 yang baru pulang dari Mekah sekembalinya mereka dari Mekah


Sekian~

Wednesday, July 13, 2011

Mane nak mule?
Tajuk memang mintak kena banned..

Negaraku seperti biasa akan ade je berita yg menghuru-harakan.
Kalo bukan gadoh dengan Negara jirannya, gadoh dengan rakyat sendiri.
Macam seronok je gadoh tu kan.

Bermula dengan niat.
Niat saya cuma nak menterjemahkn pandangan yg x seberapa.
So, niat mereka yang nak menghuru hara kan tu ape?
Seronok ke tengok negara bergolak?

Sebenarnya semua ni terjadi bukan 100% salah penghuru hara ( tak bermakna penghuru-hara x salah) sebab diaorang protes sebab pimpinan ade buat silap.
Mak aii.. salah skit terus buat demonstrasi!
Mane ade, bende dah lame diungkit, buat bodoh+tak tahu je kan.
Hambik kau.

Ape yang dituntut?
Our reason for gathering is pure and simple – to demand the electoral roll be cleaned, that the postal voting system be reformed, that indelible ink be used, a minimum 21 day campaign period be instated, free and fair access to media for all be provided, public institutions be strengthened, and for corruption as well as dirty politics to be stopped.

  • daftar pemilih yang bersih (meaning xde gne ic org mati, bwk org kws lain, jgn senang2 bg kerakyatan so that, boleh beli und)
  • sistem pengundian pos yang diperbaharui ( undian oleh peg. bersenjata)
  • menggunakan dakwat kekal
  • tempoh kempen pilihan raya paling kurang 21 hari
  • media massa yang bebas tidak memberi liputan berat sebelah
  • institusi awam diperkukuh
  • hentikan rasuah dan politik kotor
So, apekah masalah nye?
Tak boleh ditunaikankah?
Tuntutan ini mengancam negarakah?
Yang benarnya kome ade agenda sendiri kan..

Yang lagi satu pihak lak..
Ape ke bijak beno nak demonstrasi bagai?
Dah xde cara lain?
Pakai surat rasmi ke?(kan ade bdk sekolah bleh buat surat utk PM)
Tulis kat blog (eh, nanti kne dakwa cm petra)
Jumpe YDP Agong ke? (jgn lupe bwk memorandom skali, sume bende nk mintak kne ade hitam putih, ingat mcm nk mintak duit belanja kt bapak hang ke?)
Buat laporan media ke? (ade berani ke stn radio,tv,akhbar nk terbitkn isu ni?)

OOooo... Dah semua bende kat atas tu tak jalan, diaorang pun mintak nak wat DEMONSTRASI SECARA AMAN...( haha..tak diberi permit pula )

Jadilah perhimpunan haram nih..

Wahai manusia yang berhimpun~
Tahukah anda dengan berhimpun sedemikian, negara kita akan menjadi tumpuan negara luar a.k.a Polis Dunia.
Mahukah anda campur tangan kuasa luar masuk ke negara kita?
Tidakkah anda baca akhbar dan belajar sejarah? kesan campur tangan orang luar?
 haiih.. malas nak cerita..

Secara logik kome agak2 la, dah berhimpun ramai2 tu takde ke harta benda awam yang akan musnah? dengan minda kelas 3 rakyat kite yang kalo baran tu habis dipocahkan sume.. 
Haish.. den x cayo..

Sbb tu perkara ni tak dibenarkan. Nanti habis harta awam, rugi negara nak baik pulih sume tu..

Dah tu, korang buat himpunan raksasa ingat pelabur2 luar tak cuak ke? Pelabur cuak oii.. Dia anggap negara kita ni tak aman, bisnes die bleh rosak, dia tarik pelaburan kt negara kita.. 
jgn main2.. Mne negara kita nak dapat income? 
Lumpuh ekonomi nyah....

Ish2...
Sume ni takkan berlaku if pemimpin ambil serius setiap isu yang diPropa kan..
Betulkah ade rasuah? Kalau takde angin, pokok tak bergoyang..
Betulkah pilihanraya kita ni tak telus? Baiklah tak payah buang duit berkempen bagai pastu da confirm2 kau menang.. Bazir duit jek..
Sila buktikan!!!
Kalo bende tu betul berlaku, lebih baik balik ke pangkal jalan..
Tak terlambat lagi..
Nanti dah ade orang tangkap n jatuhkan da tak boleh buat pape..
Kalo betul dah bersalah, mohon maaf, perbetulkan, nk tegakkan benang yg basah wat pe..

Jadi pemimpin ni sepatutnya  anda yang macam hamba melayani kemahuan rakyat yang rasional..
Bukan anda yang mcm Raja just tgk rakyat bertungkus lumus membina hidup..
Jangan buat negara ni macam kau pnye sorang.. Kelak di akhirat kene padahnya..
Org kritik, jgn melenting, ambil dan muhasabah.. Human not perfect..

Sebagai rakyat pula, jangan cepat melenting..
Dengar provokasi ahli KIRI terus nak mengamuk.. kaji dan fikir dulu.. Keputusan yang dibuat ketika marah selalunya membawa padah.. Jangan pula ketua buat salah kau pejam mata makan suap...

Sebagai pembangkang pula, jadilah pengkritik yg membina bukan utk menjatuhkan..
Negara ni same2 kita punya.. Kalo kerajaan gagal, pembangkang tak dikira berjaya pun..
Kalo negara ni musnah pembangkang turut rasa.. tu pun kalo ade kesetiaan dan ketaan kpd Negara..
Kalo korang pun cabut lari, memang korang pengecut..

Apelah gunanya RUKUN NEGARA tu kalo x diamalkan..
Jangan cakap tak serupa bikin..

Tendanglah sial.. Tenanglah Profesional..

About Me

always annoy the others. i'm enjoy doing various things but obsess only to one kind of things. hold tight my Principe.