Wednesday, September 21, 2011

Mari Belajar Anatomi

 Anatomi.
 Subjek wajib bagi orang yang nak amik kursus perubatan. 
 Tapi aku bukan pelajar kursus perubatan. 
 Apakah anatomi? 
 Anatomi merupakan kajian terhadap stuktur bahagian tubuh dan hubungannya antara 1 sama lain. 
 Maksudnye kita akan belajar/kaji pasal kulit, rambut, hidung, kaki etc., organ-organ dalaman dan saluran-saluran dalam badan. 
 Banyak nye~ Jadi, bersediakah anda untuk menghafal, memahami dan membaca kesemua fakta dalam buku   yang 1000 muka surat? Kalau sedia, bagus. 
 Mari kita teruskan. 
 Selain anatomi, kita kena juga tahu fungsi kesemua yang kita belajar dalam anatomi tu. Ok. Pelajaran ini dipanggil fisiologi. 
 Anatomi dan fisiologi ni dikaji ke atas benda ape? 
 Benda hidup. Tahu ke macam mana nak tentukan benda tu hidup ke tak? Sesungguhnye bukan manusia sahaja benda hidup kat dunia ni. Ciri-ciri benda hidup: 
  •     Menghasil, mengguna dan menyerap tenaga untuk melaksanakn aktiviti.2.    
  •    Memberi respon terhadap rangsangan (stimuli) 
  •    Semakin membesar dan beranak-pinak 
  •    Terdiri daripada sel 
  •     Mampu mengawal homeostasis. 
 Mesti nak tahu homeotasis tu ape kan? 

 Homeostasis adalah Kemampuan tubuh mengekalkan persekitaran dalaman yang seimbang meskipun persekitaran luar kerap mengalami perubahan.  
 Contohnya, bila cuaca kat luar sejuk, badan kita akan turut jadi sejuk, tapi disebabkan tubuh kita mampu berhomoestasis, kesejukan tu dapat dikurangkan. 
 Jadi, tanah tu benda hidup ke? Batu tu benda hidup ke? Pokok tu benda hidup ke? Cuba rujuk dan buat kajian sendiri dulu yea. 

 Ape yang membantu homeostasis berlaku dengan jayanya?

  • Deria (Receptor): Mengawal persekitaran dan bertindakbalas kepada perubahan persekitaran.
  • Pusat kawalan (control center): Mengenalpasti titik perubahan persekitaran. 
  • Saraf (Effector): Menyediakan tindakan yang akan dilaksanakan sebagai tindak balas kpd stimuli.  
 Masih tidak mampu membayangkan homeostasis? 
 Contohnya, musim sejuk kulit kita akan merasa kesejukan. Untuk makluman, kulit kita ni ada deria(receptor)   yang mengesan sejuk tu. Info sejuk itu akan dihantar ke otak untuk diproses melalui saraf. Apabila info sejuk tu  sampai ke otak, otak menjadi pusat kawalan yang mengenal pasti keadaan sejuk tu. Barulah kita dapat rasa kesejukan. Jadi otak tolong menyelesaikan masalah dan hantar arahan ke saraf(effector) untuk menyuruh kulit  bertindak bagi mengurangkan rasa sejuk kita tu. 
 Subhanallah, indahnya ciptaan Allah. 
 Bayangkan tanpa homeostasis, kita akan mengigil sejuk atau mungkin menjadi beku seperti bekunya salji. 
 Belajar sains ini indah jika kita selitkan rasa kesyukuran dalam diri. 


 My Heart Will go On..
 Heart adalah jantung dalam term sains. Jangan sesekali keliru...
 Hati=liver.. ok..

Jantung

 Jantung merupakan organ sebesar genggaman tangan. Kedudukannya di belakang tulang dada (rib cage) senget ke kiri sedikit. Cube rase degupan jantung. Lebih kuat di sebelah mana? 

 Jantung berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan. Kenapa kita perlukan darah fikir2kan dulu yea.  

 Jantung ade 4 ruangan (chambers).  
 RIGTH ATRIUM 
 RIGHT VENTRICLE 
 LEFT ATRIUM 
 LEFT VENTICLE 

 Setiap 1 ruang disambungkn dengan bebrapa salur darah utama 
 VENA CAVA 
 PULMONARY ARTERY 
 PULMONARY VEIN 
 AORTA 

 Laluan darah adalah seperti berikut. 
 Pengucupan 'right ventrical' membawa darah ke saluran 'pulmonary artery' melalui tricuspid valve (injap).  Darah ini akan tiba ke paru-paru. Dari paru2 darah mengalir semula ke saluran darah 'pulmonary vein' terus masuk ke 'left artrium' melalui 'miral/bicuspid valve'. Bila left atrium menguncup darah tu akan tertolak ke left ventrical dan keluar ke salur 'aorta' melalui 'aortic valve'. Sampailah ke seluruh anggota badan dan darah akan patah balik melalui salur 'vena cava' dan masuk ke 'right ventrical. Bila ia menguncup darah pun tertolak kembali ke right atrium yg awal2 td da cerita. 

 Cikgu saya ajar saya macam ni.. 

 Cikgu Rohani lukis jantung ghupe ini.. 

 Ok. 
 Sampai sini dulu. 
 Nanti sambung. 
 Bye. 





Blog Archive

About Me

always annoy the others. i'm enjoy doing various things but obsess only to one kind of things. hold tight my Principe.